Halaman

Sabtu, 20 Mac 2010

TATATERTIB

TATACARA TINDAKAN BAGI KES TIDAK HADIR BERTUGAS
SECARA BERTERUSAN DAN TIDAK DAPAT DIKESAN

PENDAHULUAN
Tatacara tindakan bagi kes tidak hadir bertugas secara berterusan dan tidak dapat dikesan adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 26, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

TINDAKAN KETUA JABATAN

Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama 7 hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan, Ketua Jabatan hendaklah menyebabkan suatu surat diserahkan kepada pegawai itu sendiri atau dihantar melalui Pos Berdaftar Akuan Terima (AT) kepada pegawai di alamatnya yang akhir diketahui, mengarahkan pegawai itu supaya melaporkan diri untuk bertugas dengan segera.
Jika surat itu telah dapat diserahkan, Ketua Jabatan hendaklah sama ada pegawai itu telah hadir bertugas semula atau tidak, mengemukakannya suatu laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) untuk diambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu
Jika surat itu tidak dapat diserah/surat AT dikembalikan tidak terserah,Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada PBT yang mempunyai bidang kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai itu

TINDAKAN PIHAK BERKUASA TATATERTIB

Bagi kes di mana surat telah dapat di-serahkan PBT selepas menerima laporan daripada Ketua Jabatan, hendaklah mengambil langkah/tindakan tatatertib mengikut tatacara tindakan tatatertib biasa.
Bagi kes di mana surat itu tidak dapat dise-rahkan/surat AT dikembalikan tidak terserah, PBT yang mempunyai bidang kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai itu selepas menerima laporan daripada Ketua Jabatan, hendaklah mengambil langkah untuk menyiarkan suatu notis dalam sekurang-kurangnya satu suratkhabar harian yang diterbitkan dalam bahasa kebangsaan dan mempunyai edaran di seluruh negara yang ditentukan oleh PBT, mengikut Peraturan 26(4),Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993. Notis akhbar tersebut hendaklah menyatakan:
*hakikat bahawa pegawai itu telah tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan; dan
*mengkehendaki pegawai melaporkan diri untuk bertugas dalam masa 7 hari dari tarikh penyiaran notis itu.

TINDAKAN SELEPAS PENYIARAN NOTIS DI AKHBAR

Jika pegawai melapor diri untuk bertugas dalam masa 7 hari dari tarikh penyiaran notis tersebut, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) untuk diambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu mengikut tatacara tindakan tatatertib biasa.
Jika pegawai tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam masa 7 hari dari tarikh penyiaran notis tersebut, pegawai hendaklah disifatkan sebagai telah dibuang kerja berkuatkuasa mulai tarikh dia tidak hadir bertugas. Seterusnya pembuangan kerja tersebut hendaklah diberitahu dalam Warta Kerajaan, mengikut Per-aturan 26(7), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993





TATACARA TINDAKAN TATATERTIB BIASA: KES TIDAK HADIR BERTUGAS SERTA
KES TATAKELAKUAN ATAU PRESTASI KERJA YANG TIDAK MEMUASKAN

PENDAHULUAN
Tatacara tindakan tatatertib kes tidak hadir bertugas untuk sesuatu tempoh tertentu serta kes tatakelakuan atau prestasi kerja yang tidak memuaskan adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 35, 36 dan 37, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

LAPORAN PELANGGARAN T ATATERTIB

Mengikut Peraturan 3C,Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, tiap-tiap pegawai khususnya Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa-apa kesalahan atau pelanggaran tatatertib yang dilakukan.
Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab mengemukakan laporan mengenai sesuatu pelanggaran tatatertib tersebut kepada PBT yang berkenaan. Secara umumnya laporan tersebut hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
*keterangan mengenai pegawai dan jawatannya;
*kenyataan perkhidmatan yang kemaskini
*butir-butir mengenai perbuatan salah laku serta fakta tarikh,masa atau tempoh masa kesalahan dilakukan;
*keterangan mengenai kesalahan yang dilakukan serta apa-apa peruntukan peraturan termasuk perintah atau arahan yang dilanggar;
*bukti/dokumen sokongan, laporan siasatan, keterangan saksi dan sebagainya;
*apa-apa tindakan yang telah diambil secara pentadbiran ke atas pegawai itu.

PENENTUAN JENIS KESALAHAN [PERATURAN 35]

Selepas menerima sesuatu laporan pelanggaran tatatertib, Pengerusi LTT yang rendah (yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat), hendaklah menimbangkan laporan tersebut dan menentukan sama ada kesalahan yang diadukan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan:
*hukuman buang kerja atau turun pangkat ( Peraturan 37) ; atau
*suatu hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat (Peraturan 36)
Penentuan jenis kesalahan yang dibuat oleh Pengerusi LTT itu akan menentukan jenis tindakan tatatertib yang akan diambil ke atas pegawai yang terlibat. Jika diputuskan bahawa kesalahan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, kes tersebut hendaklah dirujukkan kepada PBT yang tinggi (yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat).

TINDAKAN TATATERTIB TIDAK DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN
PANGKAT [PERATURAN 36]

Mengikut Peraturan 36(1), jika Pengerusi LTT menentukan bahawa kesalahan yang diadukan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat dan setelah berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib, Pengerusi LTT hendaklah menghadapkan surat pertuduhan kepada pegawai untuk membuat representasi pembelaan diri dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan surat pertuduhan itu.
Seterusnya LTT hendaklah menimbangkan representasi pegawai tesebut serta membuat keputusan/ hukuman ke atas pegawai.

TINDAKAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT
[PERATURAN 37]

Jika Pengerusi LTT yang rendah telah menentukan bahawa kesalahan yang diadukan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, Pengerusi LTT yang tinggi yang kepadanya kes itu dirujukkan hendaklah menimbang serta menentukan bahawa wujud suatu kes prima facie untuk mengambil tindakan tatatertib tersebut dan hendaklah mengarahkan supaya suatu pertuduhan dihadapkan kepada pegawai itu untuk membuat representasi pembelaan diri dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan surat pertuduhan itu.
Seterusnya LTT hendaklah menimbangkan representasi pegawai tersebut serta membuat keputusan/ hukuman ke atas pegawai.

SURAT PERTUDUHAN TATATERTIB

Sesuatu pertuduhan tatatertib hendaklah jelas serta mengandungi fakta dan butir-butir yang spesifik berhubung perbuatan salah laku yang pegawai itu dipertuduhkan serta peruntukan mana-mana peraturan yang dilanggar. Perbuatan serta kesalahan tersebut hendaklah dikaitkan dengan mana-mana peruntukan peraturan tatakelakuan yang berkenaan
yang dinyatakan di bawah Peraturan 4,Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Surat pertuduhan tatatertib hendaklah ditandatangan oleh Pengerusi
LTT atau ahli LTT bagi pihak Pengerusi.

KEPUTUSAN TATATERTIB

Keputusan/hukuman tatatertib hendaklah diberitahu kepada pegawai dan hendaklah terus dilaksanakan sewajarnya meskipun ada rayuan dibuat terhadap keputusan/hukuman itu. Surat keputusan tersebut hendaklah mengandungi fakta yang tepat serta dapatan bersalah (finding of guilt) pegawai atas pertuduhan yang telah dihadapkan.Surat keputusan juga hendaklah menyatakan peluang bagi membuat rayuan ke atas keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam,dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan itu.

REKOD TATATERTIB

Semua rekod serta dokumen berkaitan tindakan tatatertib hendaklah dipelihara sewajarnya. Sesuatu keputusan tindakan tatatertib dan keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang dilakukan serta hukuman yang dikenakan.




TATACARA TINDAKAN TATATERTIB BAGI KES SABITAN/ PEGAWAI TERTAKLUK KEPADA PROSIDING JENAYAH

PENDAHULUAN
Tatacara tindakan tatatertib bagi kes sabitan jenayah/pegawai tertakluk kepada prosiding jenayah adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 28, 29 dan 33, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

TAFSIRAN ‘SABITAN’,'KESALAHAN JENAYAH’ DAN ‘MAHKAMAH [PERATURAN 3]

*‘Sabitan’ ertinya suatu dapatan oleh mahkamah di bawah mana-mana undang-undang bertulis bahawa seseorang itu bersalah atas suatu kesalahan jenayah.
*‘Kesalahan Jenayah’ertinya apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau tingkahlaku keji.
*‘Mahkamah’ ertinya mahkamah yang termasuk Mahkamah Syariah.

PROSIDING JENAYAH DIMULAKAN KE ATAS PEGAWAI

Jika prosiding jenayah dimulakan terhadap seseorang pegawai, Pendaftaran Mahkamah hendaklah mengemukakan/Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan laporan yang berkaitan prosiding tersebut. Seterusnya Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan laporan itu kepada (PBT) yang mempunyai bidangkuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau
turun pangkat, beserta syor sama ada pegawai itu patut ditahan kerja.
Setelah menimbangkan laporan tersebut PBT boleh menahan pegawai daripada menjalankan tugas(TAHAN KERJA)mengikut peraturan44(1)(a), Peraturan-peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Jika prosiding jenayah itu terhadap pegawai berkeputusan dengan pensabitan, PBT hendaklah menggantung pegawai daripada menjalankan tugas(GANTUNG KERJA)di bawah Peraturan 45(1)(a),berkuatkuasa mulai tarikh sabitan, sementara menunggu keputusan tindakan tatatertib
yang berkait daripada sabitan tersebut. Seseorang pegawai yang digantung kerja tidak berhak menerima apa-apa bahagian emolumen sepanjang tahun penggantungan kerja tersebut.
Jika prosiding jenayah tersebut berkeputusan dengan pembebasan, pegawai itu hendaklah dibenarkan menjalankan semua tugasnya serta berhak menerima apa-apa emolumen yang tidak dibayar dalam tempoh
tahan kerja serta cuti rehat tahunan dan segala kelayakan lain yang pegawai itu berhak.

TINDAKAN TATATERTIB

Mengikut Peraturan 29 iaitu dalam kes di mana pegawai telah
disabitkan atas kesalahan jenayah,Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan salinan keputusan mahkamah dan mengemukakannya kepada PBT yang berkenaan beserta rekod perkhidmatan pegawai dan perakuan mengenai tindakan/hukuman yang patut dikenakan ke atas pegawai, bergantung kepada jenis dan seriusnya kesalahan itu berbanding dengan takat mana sabitan itu telah memburukkan nama perkhidmatan awam.
PBT yang berkenaan hendaklah menimbangkan laporan, rekod perkhidmatan dan perakuan Ketua Jabatan mengikut Peraturan 33 (1) dan seterusnya membuat keputusan/hukuman terhadap pegawai.
Mengikut Peraturan 45A, jika prosiding tatatertib berkeputusan dengan buang kerja, pegawai itu tidak berhak kepada apa-apa emolumen yang telah tidak di bayar kepadanya dalam tempoh tahan kerja atau gantung kerja itu. Sebaliknya jika prosiding tatatertib tersebut berkeputusan dengan suatu hukuman selain buang kerja, pegawai itu berhak menerima semua bahagian emolumen yang berkenaan itu.

PENGECUALIAN DARIPADA HAK UNTUK DIDENGAR

Bagi tujuan mengambil tindakan tatatertib ke atas seseorang pegawai yang telah disabitkan kesalahan jenayah ini, pegawai tersebut tidak perlu dihadapkan dengan apa-apa surat pertuduhan atau diberi hak untuk didengar. Tindakan tatatertib bagi kes sabitan jenayah ini juga tidak melibatkan tindakan bagi penentuan jenis kesalahan serta penentuan kes prima facie yang diperlukan bagi kes-kes tindakan tatatertib biasa.

KEPUTUSAN TATATERTIB

Keputusan/hukuman tatatertib hendaklah diberitahu kepada pegawai dan hendaklah terus dilaksanakan sewajarnya meskipun ada rayuan dibuat terhadap keputusan/hukuman itu. Surat keputusan tersebut hendaklah mengandungi fakta yang tepat serta pernyataan mengenai sabitan yang berkaitan dan kenyataan bahawa pegawai telah memburukkan nama perkhidmatan awam. Surat keputusan juga hendaklah menyatakan peluang bagi membuat rayuan ke atas keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam,dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan itu.

REKOD TATATERTIB

Semua rekod serta dokumen berkaitan tindakan tatatertib hendaklah dipelihara sewajarnya. Sesuatu keputusan tindakan tatatertib dan keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang dilakukan serta hukuman yang dikenakan.




TATACARA TINDAKAN TATATERTIB BAGI KES PERINTAH TAHANAN PENGAWASAN KEDIAMAN TERHAD BUANG NEGERI DSB

PENDAHULUAN
Tatacara tindakan tatatertib bagi kes yang berbangkit daripada perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri dan sebagainya adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 32 dan 33, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

PROSEDUR JIKA TERDAPAT PERINTAH TAHANAN,BUANG NEGERI DSB.

Jika suatu perintah tahanan(tidak termasuk tahanan reman),pengawasan, kediaman terhad, buang negeri,deportasi atau apa-apa bentuk sekatan telah dibuat terhadap seseorang pegawai di bawah mana-mana undang-undang yang berhubung dengan keselamatan,pencegahan jenayah,imigresen atau perlindungan wanita dan gadis atau perlindungan kanak-kanak, Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan suatu salinan perintah itu daripada pihak berkuasa yang berkenaan dan mengemukakannya kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) yang mempunyai bidang kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat, beserta rekod perkhidmatan pegawai dan perakuan mengenai tindakan/ hukuman yang patut dikenakan ke atas pegawai, bergantung kepada takat keburukan yang telah dibawa oleh pegawai itu kepada perkhidmatan awam.
Setelah menimbangkan laporan tersebut PBT boleh menggantung pegawai daripada menjalankan tugas(GANTUNG KERJA)di bawah Peraturan 45(1)(b), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berkuatkuasa dari tarikh kuatkuasa perintah itu. Seseorang pegawai yang digantung kerja tidak berhak menerima apa-apa bahagian emolumen sepanjang tempoh penggantungan kerja tersebut.

TINDAKAN TATATERTIB

PBT yang berkenaan hendaklah menimbangkan laporan,rekod perkhidmatan dan perakuan Ketua Jabatan mengikut Peraturan 33 (2) dan seterusnya membuat keputusan/hukuman terhadap pegawai.
Mengikut Peraturan 45A, jika prosiding tatatertib berkeputusan dengan buang kerja, pegawai itu tidak berhak kepada apa-apa emolumen yang telah tidak dibayar kepadanya dalam tempoh tahan kerja atau gantung kerja itu. Sebaliknya jika prosiding tatatertib tersebut berkeputusan dengan suatu hukuman selain buang kerja, pegawai itu berhak menerima semua bahagian emolumen yang berkenaan itu.

PENGECUALIAN DARIPADA HAK UNTUK DIDENGAR

Bagi tujuan mengambil tindakan tatatertib ke atas seseorang pegawai yang telah dikenakan perintah tahanan,pengawasan kediaman terhad, buang negeri dan sebagainya ini, pegawai tersebut tidak perlu dihadapkan dengan apa-apa surat pertuduhan atau diberi hak untuk didengar. Tindakan tatatertib bagi kes perintah tahanan ini juga tidak melibatkan tindakan bagi penentuan jenis kesalahan serta penentuan kes prima facie yang diperlukan bagi kes-kes tindakan tatatertib biasa.


KEPUTUSAN TATATERTIB

Keputusan/hukuman tatatertib hendaklah diberitahu kepada pegawai dan hendaklah terus dilaksanakan sewajarnya meskipun ada rayuan dibuat terhadap keputusan/ hukuman itu. Surat keputusan tersebut hendaklah mengandungi fakta yang tepat serta pernyataan mengenai apa-apa perintah yang berkaitan dan kenyataan bahawa pegawai telah memburukkan nama perkhidmatan awam. Surat keputusan juga hendaklah menyatakan peluang bagi membuat rayuan ke atas keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam, dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan itu

REKOD TATATERTIB

Semua rekod serta dokumen berkaitan tindakan tatatertib hendaklah dipelihara sewajarnya. Sesuatu keputusan tindakan tatatertib dan keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang dilakukan serta hukuman yang dikenakan.




TAHAN KERJA DAN GANTUNG KERJA

PENDAHULUAN
Tahan kerja dan gantung kerja adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 43, 44 dan 45 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Sesuatu keputusan bagi mengenakan perintah tahan kerja atau gantung kerja ke atas seseorang pegawai hanya boleh dibuat oleh (PBT) yang berkenaan yang mempunyai bidang kuasa bagi mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat,iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1),mengikut kumpulan perkhidmatan pegawai yang terlibat.

TAHAN KERJA BAGI MAKSUD PENYIASATAN [ PER. 43 ]

Jika seseorang pegawai dikatakan atau disyaki telah melakukan suatu kesalahan jenayah atau suatu kesalahan tatatertib yang serius,dan Ketua Jabatan berpendapat bahawa bagi memudahkan penyiasatan dijalankan pegawai patut dihalang daripada hadir bertugas, Ketua Jabatan itu boleh memperakukan kepada PBT yang ber kenaan untuk pegawai ditahan kerja.
PBT yang berkenaan boleh menahan kerja pegawai itu mengikut Peraturan 43, bagi suatu tempoh tidak melebihi 2 bulan, iaitu bagi maksud memudahkan penyiasatan terhadap pegawai itu. Seseorang pegawai yang ditahan kerja bagi maksud penyiasatan ini berhak menerima emolumen sepenuhnya dalam tempoh tahan kerja tersebut.
Di dalam memutuskan sama ada hendak menahan kerja pegawai atau tidak, PBT hendaklah mengambil kira faktor berikut:
*kesalahan yang disyaki itu adalah secara langsung berhubung dengan tugas pegawai; dan
*kehadiran pegawai di pejabat akan menggendalakan penyiasatan
Jika dalam tempoh tahan kerja itu prosiding jenayah dimulakan terhadap pegawai di mahkamah atau tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat telah diambil ke atasnya, tahan kerja ini hendaklah terhenti berkuatkuasa mulai tarikh prosiding jenayah atau tindakan tatatertib itu dimulakan dan PBT hendaklah mengambil tindakan selanjutnya mengikut Peraturan 44.

TAHAN KERJA [ PER. 44]

Mengikut Peraturan 44, jika prosiding jenayah atau prosiding tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat telah dimulakan terhadap pegawai itu,PBT yang berkenaan boleh menahan pegawai itu daripada menjalankan tugas (tahan kerja).
Di dalam memutuskan sama ada hendak menahan kerja pegawai atau tidak,PBT hendaklah mengambil kira faktor berikut;
*kesalahan yang disyaki itu adalah secara langsung berhubung dengan tugas pegawai;
*kehadiran pegawai di pejabat akan menggendalakan penyiasatan;
*kehadiran pegawai di pejabat untuk menjalankan tugasnya itu boleh memalukan atau menjejaskan nama atau imej Jabatan; atau
*dengan mengambil kira jenis kesalahan yang dipertuduhkan, penahanan kerja pegawai akan menyebabkan Kerajaan menanggung kerugian.
Perintah tahan kerja ini boleh berkuatkuasa mulai dari tarikh pegawai ditangkap atau tarikh saman telah disampaikan kepadanya atau tarikh yang ditetapkan oleh PBT itu, sehingga prosiding jenayah atau prosiding tatatertib itu berkeputusan.Dalam tempoh penahanan kerja tersebut, pegawai berhak menerima tidak kurang setengah bahagian emolumennya mengikut sebagaimana diputuskan oleh PBT.
PBT boleh memanggil balik pegawai untuk bertugas walaupun prosiding jenayah atau prosiding tatatertib yang berkenaan belum selesai dan dia hendaklah dibayar emolumen penuh mulai tarikh menjalankan semula tugasnya itu. Walau bagaimanapun apa-apa bahagian emolumen yang tidak dibayar semasa tahan kerja tersebut, tidak boleh dibayar sehingga prosiding tersebut berkeputusan.
Jika prosiding jenayah atau tindakan tatatertib itu berkeputusan dengan pegawai dibebaskan, apa-apa bahagian emolumen yang tidak dibayar semasa tahan kerja itu hendaklah dibayar kepadanya.


GANTUNG KERJA [ PER. 45]

PBT yang berkenaan boleh menggantung seseorang pegawai daripada menjalankan tugasnya (gantung kerja) jika:
*pegawai itu telah disabitkan oleh mana- mana mahkamah; atau
*Suatu perintah tahanan,pengawasan, kediaman terhad, buang negeri
dan sebagainya seperti dinyatakan di bawah Peraturan 32 telah
dibuat terhadap pegawai.
Penggantungan kerja ini hendaklah berkuatkuasa mulai tarikh sabitan atau tarikh kuatkuasa perintah-perintah itu. Seseorang pegawai yang digantung kerja tidak boleh dibenarkan menerima apa-apa bahagian emolumen yang telah tidak dibayar dalam tempoh tahan kerja dan sepanjang tempoh gantung kerja tersebut.

EMOLUMEN YANG TIDAK DIBAYAR

Jika prosiding tatatertib yang berbangkit daripada sabitan atau perintah-perintah tersebut berkeputusan dengan pegawai dibuang kerja, pegawai itu tidak berhak kepada apa-apa bahagian emolumen yang telah tidak di bayar semasa tahan kerja dan gantung kerja itu.
Sebaliknya jika prosiding tatatertib tersebut berkeputusan dengan hukuman selain buang kerja,pegawai itu berhak menerima apa-apa bahagian emolumen yang telah tidak dibayar semasa tahan kerja dan atau gantung kerja itu dan pegawai itu hendaklah diarah menjalankan semula tugasnya.




RAYUAN TATATERTIB

PENDAHULUAN
Perkara mengenai rayuan tatatertib adalah diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam,1993[P.U.(A) 396].

HAK MERAYU [PERATURAN 14]
Mana-mana pegawai yang terkilan dengan keputusan Lembaga Tatatertib (LTT) Kementerian/Jabatan boleh merayu terhadap keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam (LRTT).
(Nota:Tiada peruntukan rayuan bagi pegawai yang dibuang kerja melalui Warta)

LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM [PERATURAN 12 ]

Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam adalah terletak di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

BAGAIMANA MEMBUAT RAYUAN(PERATURAN (15)
Sesuatu rayuan hendaklah di buat secara bertulis kepada:

PENGERUSI
LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
ARAS 9, BLOK C7, PARCEL C
PUSAT PENTABDIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA.

Surat rayuan hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima keputusan tatatertib.

TINDAKAN KETUA JABATAN

Apabila menerima rayuan daripada mana- mana pegawai, Ketua Jabatan hendaklah tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh penerimaan rayuan tersebut mengemukakannya kepada Lembaga Tatatertib yang berkaitan, beserta dengan ulasannya.

TINDAKAN LEMBAGA TATATERTIB

Apabila menerima rayuan itu, Lembaga Tatatertib hendaklah tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh penerimaan rayuan tersebut mengemukakannya surat rayuan itu beserta salinan semua rekod prosiding tatatertib, termasuk alasan/asas yang digunakan bagi membuat keputusan tatatertib berkenaan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam

MAKLUMAT/DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH JABATAN KEPADA
LEMBAGA RAYUAN

Maklumat/dokumen yang perlu dikemukakan oleh Jabatan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib (LRTT) adalah seperti senarai semak, iaitu mengikut mana yang berkaitan dengan sesuatu kes tindakan tatatertib itu.

KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN

Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib adalah muktamad

SENARAI SEMAK DOKUMEN
*Nombor Kad Pengenalan pegawai.
*Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini
*Laporan pelanggaran tatatertib termasuk laporan siasatan(jika ada)
*Surat pertuduhan
*Jawapan pembelaan diri
*Ulasan Ketua Jabatan terhadap jawapan
*Minit Mesyuarat LTT
*Surat Keputusan LTT
*Surat rayuan pegawai
*Ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan
*Ulasan Pengerusi LTT terhadap rayuan
*Kertas Pertuduhan mahkamah
*Keputusan mahkamah
*Perintah tahanan dan sebagainya
*Surat perintah tahan kerja
*Surat perintah gantung kerja
(Nota: Semua dokumen yang berkaitan hendaklah disediakan dalam 2 salinan)
LTT - Lembaga Tatatertib
LRTT - Lembaga Rayuan Tatatertib


KLINIK TATATERTIB
BAHAGIAN NAIK PANGKAT DAN TATATERTIB

Klinik Tatatertib ini adalah sebagai salah satu usaha Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran di dalam menguruskan tindakan tatatertib.

Klinik Tatatertib ini adalah sebagai saluran pilihan kepada Kementerian, dan Jabatan serta agensi Kerajaan yang lain bagi mendapatkan khidmat nasihat dan rundingcara serta untuk bertukar maklumat dan pandangan berhubung semua aspek pengurusan tatatertib.

Adalah diharapkan dengan khidmat nasihat dan rundingcara yang diberikan melalui Klinik Tatatertib ini akan dapat membantu pihak yang berkenaan khususnya pegawai/urusetia yang terlibat secara langsung di dalam urusan tindakan tatatertib, ke arah mewujudkan pengurusan tatatertib yang lebih cekap dan berkesan.

PERUNDINGCARA

Klinik Tatatertib ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai dari Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib,Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

9 ulasan:

  1. dibawah peraturan 38, adakah hak merayu masih ada

    BalasPadam
  2. Amat malang bg seseorang pegawai yg terlibat apabila rayuannya x d sokong oleh ketua jabatan ....

    BalasPadam
  3. Berapa lamakah masa yg diambil oleh lembaga rayuan untuk menyatakan keputusan selepas perayu mengenukakan rayuan?

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Berapa lamakah masa yg diambil oleh lembaga rayuan untuk menyatakan keputusan selepas perayu mengenukakan rayuan?

    BalasPadam
  7. ..dh kerja kt sbln lbh ..bru srt tatatertib smpai ..apa kes..bln kerja tnpa gji...Padahal suamo dah blh kje 2 thun dah..tup tup smpai kba byang kje...mhon pengadilan...

    BalasPadam
  8. Srt tatatertib sampai lwt...sbln kerja dah bru thu dberhntikan...dua thun dah suami kerja ...ok..prestasi pun ok..xcm sblm ni.semoga ada pengadilan...mcm ada yg x kna ..dlm proses ni...

    BalasPadam