Halaman

Sabtu, 20 Mac 2010

SURAT AKUJANJI

1.Akan Sentiasa Taat Seta Kepada Yang di Pertuan Agong,Negara Dan Kerajaan

Contoh Pelanggaran
1.bersubahat dengan musuh negara
2.membocorkan rahsia kerajaan
3.memburuk serta memperkecilkan dasar kerajaan
4.berlakon dalam filem yang memburukan


2. Akan Sentiasa Melaksanakan Tugas Dengan Cermat,Bersungguh Sungguh,Cekap, Jujur,Amanah Dan Bertanggungjawap

Contoh Pelanggaran
1.Kurang cekap atau kurang berusaha
 A) ,gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur
 B) membuat bayaran tanpa disertakandengan baucher,bil,resit dan invois
 C) tidak berkebolehan dan terpaksa diarah sepanjang masa

2.Tidak jujur atau amanah
 A) tidak melaporkan harta yang dimiliki olehnya atau ahli keluarga
 B) membuat tuntutan palsu
 C) tidak melaporkan hutang-piutang

3.Tidak Bertanggungjawap
 A) menghasut pegawai lain supaya tidak bertugas dengan bersungguh-sungguh
 B) bercuti semasa perkhidmatannya amat diperlukan
 C) tidak melaporka kesalahan pegawai bawahannya


3. Tidak Membelakangkan Tugas Awam Demi Kepentingan Peribadi

Contoh Pelanggaran
1.menguruskan perniagaan atau pelaburan sendiri atau ahli keluarga dalam waktu pejabat
.mengutamakan saudara mara,rakan-rakan atau orang yang rapat dengannya semasa menimbang sesuatu permohonan
Menguruskan tender/sebutharga sedangkan pegawai tahu di antara mereka yang mengemukakan tender/sebutharga terdiri daripada saudara-maranya.


4.Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Mungkin Menyebabkan Kepentingan
Peribadi Bercanggah Dengan Tugas Awam

Contoh Pelanggaran
1.tidak mengelakan dirinya daripada bergaul terlalu rapat dengan mereka yang jelas akan mendapat keuntungan daripada tugas rasminya.
2.tidak mengelak diri daripada menerima hadiah yang berharga darpada syarikat ,ahli perniagaan atau individu
3.memproses,menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan daripada ahli keluarganya.


5.Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Menimbulkan Syak Yang
Munasabah Bahawa Pegawai Telah Membiarkan Kentingan Peribadinya
Bercanggah Dengan Tugas Rasmi Sehingga menjejaskan Kegunaan Sebagai
Pegawai Awam

Contoh Pelanggaran
1. tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang telah melanggar sesuatu peraturan dengan tujuan mendapat ganjaran daripadanya.
2. berhutang dengan seorang lembaga pengarah yang syarikatnya ada memohon tanah untuk tapak kilang di daerah yang berada di bawah pentadbiran pegawai atau isteri pegawai adalah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.


6.Tidak Akan Menggunakan Kedudukan Sebagai Pegawai Awam Bagi Faedah Diri
Sendiri

Contoh Pelanggaran
1. mengunakan kenderaan jabatan sebagai kemudahan peribadi untuk pergi dan balik pejabat,menghantar anak ke sekolah dan sebagainya
2. mengunakan pengaruh kedudukan untuk mengubah lot tanah yang telah diluluskan kepada isterinya sedangkan pegawai tidak diberi kuasa berbuat demikian.


7.Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Memburuk Dan Mencemarkan Nama Perkhidmatan Awam

Contoh Pelanggaran
 1. terlibat dengan penyalahgunaan dadah
 2. disabitkan atas kesalahan jenayah/mahkamah syariah
 3. berada dalam keterhutangan kewangan yang serius
 4. Sengaja melengahkan kelulusan permohonan lesen daripada orang ramai
 5. bersikap kurang sopan seperti mabuk atau memarahi dan memaki orang
ramai yang berurusan di kaunter


8.Tidak Akan Membawa Sebarang Pengaruh Atau Tekanan Luar Untuk Menyokong
Atau Memajukan Tuntutan Diri Sendiri Atau Pegawai Lain Berhubung Dengan
Perkhidmatan awam

Contoh Pelanggaran
 1. meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhi
Lembaga Kenaikan Pangkat
 2. meminta bantuan ahli politik untuk menyokong permohonan bagi
mendapatkan tanah kerajaan,rumah atau jawatan



9.Tidak IngkarPerintah Atau Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Ditafsirkan Sebagai Ingkar Perintah

Contoh Pelanggaran
 1. Membantah atau melawan pegawai atasan
 2. membawa keluar fail terperingkat Jabatan tanpa kebenaran
 3. Keluar negara atau urusan persendirian tanpa kelulusan
 4. mengambil bahagian aktif dalam politik tanpa kebenaran

1 ulasan: