Halaman

Rabu, 20 Januari 2010

PP Bil 28/2009

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 28/2009
31 Disember 2009
Tanggungjawab Pegawai Awam Terhadap Penyampaian Perkhidmatan Awam Berdasarkan Tatakelakuan Pegawai Awam
http://www.jpa.gov.my/2009/12/1382/

TINGKAH LAKU GURU DI SEKOLAH BERKESAN

Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

Banyak kajian tentang sekolah berkesan menunjukkan bahawa faktor tingkah laku guru merupakan salah satu faktor penentu
sekolah berkesan. Dalam tahun 1980an beberapa sintesis kajian yang berpengaruh telah dijalankan oleh Welberg (1984) dan Fraser(1987). Hasil kajian tersebut mendapati situasi mengajar yang mempunyai kesan yang tinggi yang diperolehi oleh Welberg
(1984) dan Froser et. al., (1987) ialah
a)pengukuhan (pujian dan dendaan)
b)program khas kepada pelajar-pelajar tertentu
c)memberi maklum balas
d)pembelajaran mastery
e)belajar bersama dalam kumpulan yang kecil
Manakala Fraser et al., (1987) pula memberikan sintesis daripada 134 meta analisis yang mengandungi 7827 kajian-kajian
perseorangan. Sebahagian daripada hasil kajian disimpulkan seperti di bawah:
a)pengajaran yang berkualiti
b)jumlah masa untuk pengajaran
c)ciri-ciri latar belakang kognitif
d)maklum balas.

Satu kajian untuk mengkaji tingkah laku guru dalam pengajaran di antara tiga jenis sekolah iaitu sekolah yang tinggi, sederhana dan rendah keberkesanannya telah dijalankan oleh van der Werf (1997) di Belanda. Analisis telah dijalankan berdasarkan
pencapaian dalam matematik di kalangan lima puluh ribu (50,000) murid di 560 sekolah rendah. Hasil kajian mendapati bahawa para guru di sekolah yang tinggi keberkesanannya mempunyai ciri-ciri berikut:
i.Memberi pengajaran lebih kepada seluruh kelas
ii.Mempunyai matlamat yang manimum kepada semua murid iaitu semua murid boleh diajar dan akan berjaya dalam pelajaran.
iii.Memperuntukan masa yang lebih kepada aktiviti pembelajaran.
iv.Membuat penilaian terhadap kerja-kerja pembelajaran.
v.Para guru juga menawarkan lebih banyak isi pelajaran sepanjang tahun persekolahan.

Dalam Model Keberkesanan Sekolah Pelbagai Aras, Creemers (1991) menyatakan asas kepada model tersebut ialah proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebab pertama kepada asas tersebut ialah pembolehubah-pembolehubah di bilik darjah
bertanggungjawab menjelaskan kepada semua perbezaan terhadap pencapaian murid berbanding dengan pembolehubah pada peringkat sekolah. Sebab kedua ialah punca hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah pada peringkat bilik darjah dan pada
peringkat murid boleh ditunjukkan secara khusus daripada teori pembelajaran Model Bloom (1979) dan Model Carroll (1963, 1989).
Asas kepada model iaitu proses pengajaran dan dan pembelajaran adalah berkaitan dengan tingkah laku guru.Mengikut van de Grift, Th. Hauntveen dan c. Vermeulan (1997) yang telah membuat kajian berkaitan Iklim Pengajaran Dalam Pendidikan Menengah di Belanda mendapati bahawa pembolehubah-pembolehubah guru yang signifikan yang berhubung kait dengan pencapaian murid-murid dalam matematik ialah:
i.Kerap memantau keputusan murid
ii.Guru memberi penekanan kepada kejayaan
iii.Harapan atau jangkaan yang tinggi terhadap kejayaan murid.
iv. Iklim pengajaran yang teratur di bilik darjah

Mereka menyatakan lagi bahawa semakin tinggi keupayaan guru, semakin baik guru menyediakan pelajar mereka untuk ujian,dan semakin tinggi guru menawarkan iklim pengajaran yang teratur semakin tinggi keputusan murid perolehi.
Mengikut Scheerens dan Bosker (1997), para guru di sekolah yang berkesan mempunyai tingkah laku seperti di bawah:
i.Mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap kejayaan murid dalam pelajaran.Juga mendidik murid-murid supaya mempunyai jangkaan yang tinggi dalam kejayaan.
ii.Merangsang serta memberi penekanan kepada murid-murid supaya bekerja dengan kuat.
iii.Guru bergembira dengan hubungan dengan para pentadbir sekolah.
iv.Guru mencipta suatu persekitaran pembelajaran yang mana murid-murid boleh belajar dengan cara yang selesa.
v.Guru mempunyai iltizam yang tinggi serta mempunyai motivasi kerja yang tinggi.
vi.Hubungan sosial guru murid adalah baik.
vii.Guru menyukai para murid dan selalu memberi bantuan kepada mereka. Guru juga memperlakukan atau melayani mereka secara adil.
viii.Para guru di sekolah merasakan mereka berada dalam satu kumpulan.
ix.Para guru menyimpan rekod-rekod perkembangan dan kemajuan murid.
Manakala Lowych dalam (Scheerens ,1992) menyenaraikan lapan tingkah laku guru yang ada hubung kait dengan kejayaan murid iaitu:
i.Kejelasan: pesembahan atau penerangan tentang pelajaran yang jelas bersesuaian dengan aras kognitif murid-murid.
ii.Mudah berubah: memperbagaikan tingkah laku pengajaran dan alatan bantuan mengajar, memperbagaikan aktiviti pembelajaran lain-lain lagi.
iii.Bersemangat: digambarkan atau dijelmakan dalam bentuk pertuturan dan bukan bentuk pertuturan.
iv.Mengisahkan tugas (task-related): mengarahkan para murid untuk menyiapkan kerja, latihan dan tugasan lain secara hikmah (bussnies manner)
v.Kritikan: Banyak kritikan negatif memberi kesan negatif kepada pencapaian murid
vi.Aktiviti tidak langsung: Menerima idea-idea, perasaan murid serta merangsang aktiviti persendirian murid.
vii.Melengkapi murid-murid dengan peluang untuk belajar, iaitu persamaan yang jelas apa yang diajar dengan apa yang diuji dalam peperiksaan dan penilaian.
viii.Memperbagaikan aras kedua-dua soalan kognitif dan interaksi kognitif.
Teddlie, Kirby dan Stringfield (1989) telah membuat penyelididkan melalui kaedah pemerhatian di bilik darjah. Kajian mereka ialah untuk melihat perbezaan pengajaran guru di sekolah berkesan dan di sekolah tidak berkesan. Kajian ini dijalankan terhadap tiga pasang sekolah bandar, tiga pasang sekolah luar bandar dan tiga pasang sekolah pinggir bandar. Kajian ini secara khusus untuk mengenalpasti sama ada guru-guru di sekolah berkesan bertingkah laku secara konsisten berbeza dengan guru-guru di sekolah tidak berkesan berdasarkan petunjuk-petunjuk yang dikenalpasti sebagai pengajaran berkesan. Borang pemerhatian yang digunakan dalam kajian tersebut dibina berdasarkan 6 fungsi-fungsi mengajar yang dikenalpasti oleh Roshenshine (1983) sebagai sintesis kajian keberkesanan guru. Topik-topik umum yang terdapat di dalam borang pemerhatian tersebut ialah:
a)masa untuk tugasan
b)ulangkaji harian
c)menyampaikan pelajaran baru
d)masa murid-murid memulakan pembelajaran
e)kebebasan amalan
f)ulangkaji mingguan dan bulanan
g)jangkaan guru
h)pengukuhan positif
i)rancangan mengajar
j)menilai kemajuan murid
k)bilangan ganguan semasa belajar
l)disiplin
m)persekitaran
n)ciri-ciri fizikal bilik darjah

Hasil kajian yang diperolehi adalah pertamanya ialah guru-guru di sekolah berkesan secara tekal memainkan peranan lebih berdasarkan pengajaran berkesan yang dikenalpasti oleh Roshenshine (1983). Kedua, ialah pembelajaran di sekolah berkesan
bermula tepat pada masanya, bercirikan teknik pengajaran yang betul, sesuai dan mempunyai ganguan yang sedikit. Manakala pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak berkesan bermula tidak tepat pada waktu (lambat), tidak tekal berdasarkan pengajaran berkesan yang dikenalpasti oleh Roshenshine (1983) dan mempunyai ganguan secara konstant.
Kajian-kajian tentang hasilan pelajar iaitu dari segi akademik, tingkah laku dan sikap menunjukkan kepemimpinan guru kesan positif ke atas perkara-perkara tersebut. Mengikut Hussain (1993), kajian-kajian berkaitan mendedahkan tujuh faktor utama dalam keberkesanan pengajaran iaitu:
a)guru yang berketerampilan
b)masa yang cukup untuk pengajaran
c)suasana pembelajaran yang tenteram
d)pengharapan yang tinggi terhadap pencapaian pelajar
e)pengesanan kemajuan pelajar
f)peralatan pengajaran yang mencukupi
g)penyeliaan pengajaran yang berkesan
Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia Dato Dr Abdul Shukur Abdullah (1998) menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan iaitu:
i.Bersikap profesional.
ii.Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
iii.Kaya ilmu.
iv.Bertindak di atas landasan etika dan tatasula kerja.
v.Bermoral teguh.
vi.Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
vii.Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
viii.Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.
ix.Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
x.Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
xi.Memastikan situasi guru mengajar dan murid belajar wujud dalam kelas.
xii.Berkeupayaan melahirkan sekolah berwatak, supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti baik dan serba boleh
xiii.Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.
xiv.Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri
xv.Taat setia terhadap perkhidmatannya mempertahankan maruah profesionnya
xvi.Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
xvii.Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan semasa, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
Mengikut kajian yang dibuat oleh Rahimah Hj Ahmad, Zulkifli Abd Manaf dan Shahril Marzuki (1999), tingkah laku guru-guru disekolah berkesan ialah:
i) Guru melaksanakan kurikulum dengan sempurna ii) guru mengambil tanggungjawab mengajar secara serious iii) guru mengambil inisiatif lebih meyediakan murid untuk menghadapi peperiksaan dengan mengadakan kelas tambahan, ceramah-ceramah
motivasi dan seminar menjawab peperiksaan.
Dalam menjelaskan masa yang digunakan oleh guru berkesan di sekolah, Stallings dan Mohlan (1981) mendapati mereka
menggunakan lima belas peratus daripada masa persekolahan untuk organisasi dan pengurusan, lima puluh peratus untuk
pengajaran interaksi dan tiga puluh lima peratus untuk memantau kerja murid.
Kesimpulan daripada tinjauan literatur mengenai tingkah laku guru di sekolah berkesan ialah para guru:
i.Mengamalkan pengajaran yang berkesan.
ii.Harapan yang tinggi terhadap pencapaian akademik pelajar
iii.Kekerapan dalam penilaian kemajuan akademik pelajar.


Past Issues of Educators Digest : Jilid 1, Bil. 2/2001, ISSN: 1511-8959



Penulis JemputanSekolah Berkesan dan Program Pembaikan Sekolah di MalaysiaGhazali Othman

Dato' Profesor Ghazali Othman dilahirkan di Baling, Kedah Darul Aman. Beliau memulakan kerjaya keguruan di Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang, Baling, dan kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling, setelah mendapat ijazah B.A. (Hons.) dan Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya pada tahun 1969. Pada tahun 1971, beliau menjadi tutor di Universiti Malaya dan berjaya memperoleh ijazah M.A. Mulai tahun tersebut beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia dan kemudian melanjutkan pelajaran dengan Biasiswa Fullbright Hays di University California Los Angeles (UCLA) sehingga berjaya memperoleh ijazah M.A. Education (1977) dan Ph.D. (1979). Pada tahun 1979, beliau menjadi Pengarah Projek InSPIRE; 1982, dilantik sebagai Timbalan Dekan (Akademik); dan pada 1994, menjadi Dekan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Pada tahun 1995, beliau menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), dan selepas bersara mulai tahun 1998, beliau dilantik sebagai Pengarah Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara hingga Oktober 2001. Sekarang beliau berkhidmat sebagai Profesor Pendidikan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
Pada 2 September 2001, dalam sebuah laporan di bawah tajuk utama "FACE THE FACTS, PM: Find out why standard of national schools has dropped", akhbar The Star telah memetik ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau merasmikan Kongres Pendidikan Melayu 2001:
"Educationists have to identify the reasons for the decline in the standard of national schools and act to overcome the shortcomings … They, should be willing to accept the real reasons even if the truth exposed past mistakes."
Menurut Perdana Menteri, trend kemasukan murid ke sekolah rendah menunjukkan ibu bapa murid Melayu dan bukan Melayu mula memilih Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK (C)) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK (C) bagi anak-anak mereka. Perkara ini berlaku dipercayai berpunca daripada keyakinan ibu bapa terhadap keberkesanan SRJK (C) dan SMJK (C).
Sebagai penyelidik kita tertanya-tanya apakah ciri-ciri serta proses dalaman sesebuah sekolah yang dianggap berkesan oleh ibu bapa dan masyarakat. Artikel ini cuba menghurai usaha penyelidik seperti Edmonds yang akhir-akhir ini tidak lagi berminat membuat huraian tentang ciri-ciri sekolah berkesan dan sekolah tidak berkesan tetapi ingin "mencipta" sekolah berkesan, terutamanya di kawasan penduduk miskin. Hasil penyelidikan tentang ciri-ciri sekolah berkesan akan dihurai dan langkah-langkah dalam program pembaikan sekolah (school improvement) diperincikan untuk manfaat pengamal pendidikan di institusi-institusi pendidikan di Malaysia.
Soalan penyelidikan yang kerap dikemukakan ialah adakah terdapat perbezaan ketara pada ciri-ciri tertentu bagi kedua-dua jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dengan SRJK (Cina) dan SMJK (Cina)? Pada tahun 1980-an khususnya, ramai penyelidik-penyelidik sekolah berkesan telah menjalankan penyelidikan di seluruh dunia. Salah seorang penyelidik yang terkenal ialah Peter Mortimore yang telah membuat rumusan terhadap hasil beratus-ratus buah penyelidikan tentang sekolah berkesan. Mortimore (1995) telah mengutarakan rumusan tersebut dalam kertas kerjanya "Key Characteristics of Effective Schools" yang telah dibentangkan di Institut Aminudin Baki.
Dalam usaha kita mengkaji persamaan dan perbezaan di antara dua jenis sekolah rendah, iaitu SK dan SRJK (Cina), kita harus menggunakan kriteria atau kayu pengukur yang sah dan boleh dipercayai. Dalam konteks ini, model sekolah berkesan Mortimore yang mempunyai 11 ciri utama dapat digunakan untuk membandingkan kedua-dua jenis sekolah tersebut.
Mortimore telah membuat tinjauan ke atas beratus-ratus buah kajian dan dapatan penyelidikan tentang keberkesanan sekolah di seluruh dunia. Rumusan hasil penyelidikan ini elok sekali disebarluaskan kepada pihak-pihak yang berkepentingan supaya hasil berkenaan dapat dimanfaatkan dalam penggubalan dasar dalam pendidikan serta menjadi amalan warga sekolah di Malaysia. Hasil-hasil penyelidikan sekolah berkesan mempunyai implikasi secara langsung terhadap usaha pembaikan sekolah (school improvement). Sebelas ciri sekolah berkesan yang dirumus oleh Mortimore ialah:
(a) Kepemimpinan profesionalCiri ini menekankan kepemimpinan sekolah yang tegas dan bertujuan. Sekolah-sekolah harus mempunyai pentadbir proaktif yang menekankan permuafakatan dan persamaan tujuan yang mengusaha dan mengekalkan proses memajukan sekolah. Seterusnya, ialah sama ada sekolah mengamalkan pendekatan musyawarah, berkongsi tanggungjawab serta melibatkan guru dalam membuat keputusan dan menekankan kepemimpinan ketua jabatan atau panitia. Ciri ini juga menekankan sama ada pengetua sekolah sebenarnya seorang profesional dan berilmu yang dapat menawarkan kepemimpinan kurikulum, merancang strategi kurikulum, memantau kemajuan pelajar, serta sedar dan tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan dapat membantu membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
(b) Perkongsian wawasan dan tujuanCiri ini bermaksud warga anggota sekolah mempunyai persamaan nilai dan tujuan sekolah serta dapat berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mantap. Ciri ini juga merujuk pada pentadbiran sekolah yang mengamal tindakan pengurusan secara konsisten, iaitu berdasarkan piawai disiplin yang ditentukan oleh sekolah, atau guru menjadi model contoh. Ciri ini juga bermaksud tentang kewujudan kesetiakawanan dan kerjasama antara warga sekolah serta penglibatan guru dalam proses membuat keputusan.
(c) Persekitaran pembelajaranCiri ini bermaksud iklim sekolah ditentukan oleh wawasan, nilai dan tujuan. Iklim sekolah yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dan keadaan sekolah yang tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang menarik, tenang dan harmonis dalam suasana berorientasikan tugas, di samping wujudnya disiplin kendiri dalam kalangan pelajar yang merupakan prasyarat bagi pembelajaran berkesan.
(d) Tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaranCiri ini menampakkan tujuan utama sekolah, iaitu pengajaran dan pembelajaran kerana keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian menunjukkan ada perkaitan yang rapat di antara tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran sekolah dengan keberkesanan guru. Kajian juga menekankan sekolah patut memfokus pada kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Rumusan pelbagai kajian oleh Mortimore menunjukkan bahawa sekolah harus memaksimumkan masa belajar, meningkatkan penggunaan masa belajar, mengagih masa untuk mata-mata pelajaran prioriti secara seimbang. Sebahagian besar masa guru ditumpukan pada pembelajaran murid dan guru sangat prihatin dengan pelajaran dan pembelajaran kognitif murid. Sekolah mengamalkan ketepatan masa belajar dan mengurangkan gangguan dari luar bilik darjah. Sekolah juga begitu menitikberatkan aspek-aspek ilmiah, mempunyai guru yang berpengetahuan mendalam dalam kurikulum, dan bertumpukan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.
e) Pengajaran yang bertujuanMortimore mendapati kualiti pengajaran sebagai inti pati sekolah berkesan, di samping memiliki guru yang berkualiti. Ciri pengajaran bertujuan pula bermakna perlu mempunyai organisasi yang efisien, tujuan yang jelas, pengajaran yang berstruktur, dan amalan yang fleksibel.
f) Jangkaan kejayaan yang tinggiCiri ini bermaksud sekolah mempunyai jangkaan kejayaan yang tinggi dalam semua bidang terhadap murid-murid mereka kerana rumusan kajian Mortimore menunjukkan ada kaitan yang rapat di antara jangkaan kejayaan yang tinggi dan keberkesanan pelajar. Guru didapati sangat aktif dalam membantu pelajar dan yakin dengan pencapaian murid-murid. Guru juga sentiasa menzahirkan jangkaan mereka serta berkeyakinan terhadap pelajar yang merangsang mereka untuk berjaya. Rangsangan ini diberi melalui kata-kata pujian yang tekal.
(g) Pengukuhan yang positifMortimore mendapati pengukuhan positif dalam bentuk hadiah dan insentif menjadi faktor penting bagi meningkatkan motivasi pelajar. Pentadbiran disiplin perlu bersih dan adil. Disiplin yang baik berpunca daripada iklim sekolah yang teratur, yakni yang berasaskan rasa kepunyaan dan keterlibatan. Disiplin yang berkesan dapat mengekalkan suasana damai di sekolah. Di samping itu, guru juga harus mendapat maklum balas segera tentang setiap tindakan yang dijalankan, sementara kepada pelajar pula ganjaran atau hukuman perlu disegerakan selepas setiap kebaikan atau kesalahan dilakukan.
(h) Memantau kemajuanBerdasarkan maklumat kajian yang dikumpul oleh Mortimore, sekolah berkesan sentiasa melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi pelajar secara teratur. Guru dapat menentukan sejauh mana tujuan sekolah telah dicapai. Sekolah perlu memberi tumpuan kepada pelajar, ibu bapa dan tujuan persekolahan. Sekolah juga hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam aspek-aspek penilaian dan kaedah mengajar yang terkini. Di samping itu, sekolah perlu menegaskan kepada pelajar dan guru supaya mengambil berat tentang kemajuan pelajaran.
(i) Hak dan tanggungjawab pelajarRumusan kajian Mortimore turut mendapati sekolah berkesan menekankan usaha meningkatkan harga diri pelajar. Pelajar sepatutnya mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah. Sehubungan itu, sekolah harus merancang dan meletakkan tanggungjawab yang sesuai kepada mereka.
(j) Hubungan rumah-sekolahMortimore seterusnya menekankan tentang pentingnya hubungan rumah-sekolah bagi meningkatkan keberkesanan sekolah. Kajian-kajian menunjukkan pentingnya penglibatan ibu bapa dalam membantu anak-anak untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Hubungan ini seterusnya dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan anak-anak dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara pengetua pula mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka.
(k) Organisasi PembelajaranRumusan kajian Mortimore seterusnya menunjukkan sekolah-sekolah berkesan mempunyai organisasi pembelajaran yang menggalakkan guru dan staf am terus meningkatkan ilmu profesional. Ke arah sekolah berkesan, pengurusan sekolah harus mengadakan program perkembangan staf pada peringkat sekolah untuk membantu guru dan staf meningkatkan mutu pengajaran di dalam bilik darjah.
Sebahagian besar rangka rujukan dengan sebelas ciri sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Mortimore didapati sesuai dan relevan dengan struktur dan organisasi sekolah-sekolah formal di Malaysia. Walau bagaimanapun, Teddlie dan Reynolds (2000) dalam buku mereka, "The International Handbook of School Effectiveness Research" telah memberi peringatan kepada penyelidik bahawa terdapat faktor-faktor penting lain yang perlu diambil kira dalam menafsir keberkesanan sekolah. Antaranya ialah faktor "konteks" yang harus diberi perhatian supaya penafsiran kita tentang keberkesanan sekolah dapat dibuat secara holistik dan adil.
Sepuluh daripada sebelas ciri sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Mortimore ialah ciri dalaman sekolah (in-school factors) yang lebih bertumpukan proses daripada konteks. Cuma ciri penyelidikan hubungan sekolah-rumah merupakan ciri luaran sekolah. Jadi, penyelidikan keberkesanan sekolah menunjukkan lebih banyak varian keberkesanan dijelaskan oleh faktor dalaman sekolah. Justeru, bagi tujuan pembaikan sekolah kita harus menumpukan tindakan yang lebih ke atas faktor-faktor dalaman berbanding dengan faktor konteks.
Walau bagaimanapun, Ramaiah (1995) berpendapat dalam konteks Malaysia beberapa kriteria pengukuran keberkesanan sekolah harus dterapkan secara berhati-hati kerana ada ciri-ciri tertentu seperti faktor "tusyen persendirian" dan konteks "bandar" atau "luar bandar" yang sangat mempengaruhi kriteria keberkesanan, terutamanya jika prestasi peperiksaan awam dijadikan ukuran mutlak. Kita juga diingatkan oleh Mortimore (1991) yang memberi definisi sekolah berkesan sebagai "tempat pelajar menunjukkan kemajuan lebih besar daripada yang biasanya diharapkan pada tahap kemasukan awalnya ke sekolah". Justeru, perbezaan prestasi antara sekolah akibat defisit awal ketika kanak-kanak memasuki sekolah harus juga diambil kira.
Namun, sebelas ciri sekolah berkesan rumusan Mortimore yang berasaskan ratusan kajian keberkesanan sekolah dapat diguna sebagai rangka rujukan untuk kita bandingkan kedua-dua jenis sekolah dalam dua tahap persekolahan, iaitu SK / SMK dengan SRJK (C) / SMJK (C). Hasil perbandingan dapat menunjukkan persamaan dan perbezaan ciri utama untuk digunakan sebagai panduan dalam program memajukan sekolah di Malaysia.
Rujukan
Mortimore, P. (1995). "Key Characteristics of Effective Schools". Kertas kerja Seminar Sekolah Efektif, Institut Aminudin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.Ramaiah, A.L. (1995). "Penyelidikan Keberkesanan Sekolah: Masalah Konsepsi dan Metodologi". Kertas kerja Seminar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.Teddlie, C. and Reynolds, D. (2000). The International Handbook of School Effectiveness Research. London: Palmer Press.
PengurusanPendidikan dan Pembangunan: Peningkatan Kualiti Hidup, Pengurangan Kadar Kemiskinan dan Jurang Pendapatan Halim Ahmad
Pendidikan berperanan penting dalam pembangunan negara dan diguna untuk melaksanakan kejuruteraan sosial bagi menyusun masyarakat, khususnya ketika pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kejayaan DEB disokong oleh pertumbuhan ekonomi negara dan suasana ekonomi serantau. Pembangunan yang dialami dalam tiga dekad telah membawa kepada perubahan struktur negara daripada sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian. Melalui pembangunan, pendapatan perkapita masyarakat dapat ditingkatkan. Perubahan struktur yang dialami telah membawa peningkatan ke atas penduduk kelas menengah, perubahan demnografi, pertambahan penduduk yang tinggal di bandar, peningkatan kualiti hidup dan pengurangan jumlah isi rumah yang miskin.
KurikulumKeseronokan Bersekolah Di Malaysia: Suatu Kritikan Terhadap Kurikulum Persekolahan SemasaNor Hasimah Hashim
Setiap kanak-kanak secara semula jadi dilahirkan dengan keinginan dan kebolehan untuk belajar. Walau bagaimanapun, selepas melalui pengalaman bersekolah untuk beberapa lama, rangsangan dan perasaan ingin tahu kanak-kanak berkurangan dan minat untuk belajar mula menurun. Kanak-kanak mendapati sekolah bukan tempat yang menyenorokan. Penulisan ini bertujuan untuk mengenalpasti cara atau gaya kanak-kanak yang membolehkan mereka merasai keseronokan bersekolah, membincangkan kanak-kanak sekolah rendah masa kini, meneliti kurikulum sekolah rendah dengan menumpukan kekuatan dan kelemahannya, masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaam KBSR dan mencadangkan bagaimana mewujudkan keseronokan bersekolah. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing jika kita mahu kanak-kanak merasai keseronokan bersekolah dan berperibadi seimbang dan harmonis daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
MatematikAnalisis Kesilapan Umum Dalam Matematik di Sekolah-sekolah Rendah Negara Brunei DarussalamSee Kin Hai
Kemahiran untuk mengenal pasti dan menganalisis kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid adalah diperlukan oleh guru-guru pada semua tahap persekolahan di Brunei Darussalam, khususnya pada tahap sekolah rendah. Sekiranya seseorang seseorang murid ingin berjaya dalam penyelesaian masalah matematik dalam persekolahannya ang akan datang, dia harus menguasai konsep-konsep asas matematik sekolah rendah terlebih dahulu. Mungkinkah kesilapan konsep matematik ini dapat dikurangkan atau dielakkan? Sejumlah 450 orang murid darjah lima daripada lima buah sekolah rendah di Daerah Brunei-Muara, Brunei telah mengambil bahagian dalam kajian ini yang dijalankan selama 6 minggu.Tujuan kajian ini ialah untuk melihat corak kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid darjah lima dalam penambahan pecahan (15 jenis kemahiran yang berbeza) dan penolakan pecahan (8 jenis kemahiran yang berbeza). Tujuan lain ialah untuk meninjau punca-punca kesilapan dan seterusnya mencadangkan strategi pengajaran yang sesuai. Enam jenis kesilapan sistematik yang dilakukan oleh murid telah dikenalpasti dan dikaji dalam usaha untuk menentukan masalah kegagalan murid-murid dan mencadangkan langkah-langkah pemulihan untuk membantu mereka. Dapatan-dapatan kajian diharap dapat menarik perhatian guru-guru matematik supaya memberi pertimbangan terhadap kesilapan konsep matematik daripada memberi tumpuan kepada bilangan kesalahan yang dilakukan oleh murid ketika mengajar matematik di sekolah rendah.
SainsPerbandingan Pendekatan Pengajaran Pemahaman Konsep Mol: Suatu Kajian KesWan Roslina Wan Ramli, Fazilawati Rais & Ismail Jusoh
Kertas ini melaporkan kajian perbandingan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P & P) berbantuan komputer (PBK) dengan P & P secara tradisionsl untuk salah satu topik Kimia Tingkatan 4, iaitu konsep Mol. Kajian ini dijalankan ke atas 26 orang pelajar yang mendapat markah yang rendah dalam ujian konsep Mol. Dua kumpulan telah dibentuk an setiap kumpulan hanya didedahkan dengan satu teknik P & P. Data-data yang diperloehi telah dianalisis dengan menggunakan ujian-t sampel bebas. Keputusan yang diperoleh menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara kedua-dua kumpulan yang dikaji.
EnglishIssues In The Teaching Of English Reading Comprehension: A Case StudyNorizul Azida Darus & Abdul Rashid Mohamed
Reading is probably the hardest but most important skill that needs to be mastered by anyone living in the present era. Furthermore, the importance of being able to read in the English Language cannnot be denied as it is the dominant international language. Unfortunately, it is very disconcerting to note that the ability of our students to read in the English language is deteriorating at an alarmimg rate. Teachers are at their wits' end in trying to think of solutions to halt this trend. Hence this study is an attempt to understand the problems faced by teachers and students in the teachining-learning process of acquiring English reading comprehension skills. It is hoped that the findings of this study will assist teachers to increase their ability in helping students enhance their reading skills in the English language.
Pendidikan JasmaniPemikiran Pelajar Terhadap Pemikir Mata Pelajaran Pendidikan JasmaniSalleh Abd. Rashid
Kertas kerja ini mengkaji pemikiran pelajar sekolah menengah terhadap pemikir mata pelajaran Pendidikan Jasmani (P.J.). Pemikir ialah guru yang mengoperasi atau menterjemah kurikulum PJ yang telah digubal, iaitu sebagai sukatan pelajaran. Ternyata terdapat percanggahan antara kurikulum yang dihasratkan dan kurikulum yang beroperasi. Salah satu pihak yang sah untuk menilai pemikir mata pelajaran ini ialah pelajar sekolah yang mengikuti operasi kurikulum berkenaan. Kajian ini melibatkan seramai hampir 1,000 orang pelajar sekolah menengah daripada 14 buah sekolah terpilih. Pelajar dipilih daripada kalangan pelajar Tingkatan 1 hingga 5 dari sekolah-sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Bilangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah hampir sama, di samping mempunyai nisbah bangsa yang seimbang. Kajian ini menyerlahkan betapa guru PJ perlu lebih peka dan berperanan terhadap perbezaan angkubah-angkubah pemikiran pelajar mengikut etnik, jantina dan peringkat umur. Dapatan juga menjelaskan pemikiran, ekspektasi budaya dan sosial pelajar mengatasi perbezaan biologikal. Kajian ini menunjukkan perbezaan pemikiran, minat dan keperluan individu pelajar menghasilkan kesimpulan dan penerimaan yang berlainan terhadap mata pelajaran PJ di sekolah.
Abstrak PenyelidikanKesan "Program Menyelesaikan Masalah Sosial Kanak-kanak Prasekolah" (PSPP) Ke Atas Kognisi dan Tingkah Laku Prososial Kanak-kanakAnna Christina Abdullah
Matlamat utama kajian ini ialah untuk menilai keberkesanan suatu program intervensi kognitif sosial yang diubahsuai daripada program "Interpersonal Cognitive Problem-Solving" bagi kalangan kanak-kanak prasekolah. Pengubahsuaian dilakukan dengan bantuan guru prasekolah yang juga merupakan sebahagian sampel yang terlibat dalam kajian sebenar. Program yang telah diubah suai mengekalkan konsep dan prinsip utama program asal serta urutan pemerolehan kemahiran kognisi sosial sasaran. Bahagian-bahagian yang ditukar meliputi beberapa contoh, perkataan dan frasa supaya lebi sesuai dengan konteks Malaysia. Kajian ini menilai kesan program yang dinamakan semula sebagai "the Preschoolers' Social Problem-solving Program (PSPP)". Di samping itu, kajian ini juga mengkaji sama ada program PSPP mempunyai kesan yang berbeza dalam kumpulan kanak-kanak yang berlainan jantina, kaum, taraf sosioekonomi, dengan kumpulan kanak-kanak yang berada di pusat prasekolah untuk tempoh yang berbeza. Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk kuasi eksperimen dan kedua-dua kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan diberikan ujian pra dan ujian pasca yang terdiri daripada tiga pembolehubah bersandar. Alat ukur yang digunakan untuk mengutip data kuantitatif ialah ujian "Menyelesaikan Masalah Interpersonal Prasekolah" (MMIP), "Permainan Apa Mungkin Terjadi" (PAMT), dan Skala Pemeringkatan Tingkah Laku Prasekolah Hahnemann (SPTPH). Pemboleh ubah yang diukur ialah kemahiran penyelesaian alternatif, pemikiran akibat dan tingkahlaku sosial. Guru diberi latihan sebelum program intervensi dilaksanakan. Kajian ini telah merumuskan bahawa program PSPP ialah satu program yang boleh dilaksana dan didapati berkesan di pusat-pusat prasekolah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kanak-kanak dalam kumpulan eksperimen telah menunjukkan peningkatan dalam semua pemboleh ubah bersandar yang diukur. Maklum balas daripada guru juga adalah positif dengan para guru menyatakan bahawa program PSPP mempunyai potensi yang besar, namun dapat dilaksana dalam pusat prasekolah yang tidak menggunakan bahasa Inggeris, dengan syarat dilakukan terjemah ke dalam bahasa yang berkenaan. Kajian ini tidak menemukan korelasi yang signifikan antara peningkatan dalam pemboleh ubah bersandar dengan faktor-faktor seperti jantina, kaum, taraf sosioekonomi dan tempoh pembelajaran di pusat prasekolah.
Keberkesanan Skema Terhadap Kefahaman Bacaan Bahan Sastera Subadrah Madhawa Nair
Kajian ini bertujuan untuk memastikan keberkesanan pengunaan model skema yang dihasilkan oleh pengkaji untuk mengajar kefahaman bacaan berunsur sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Model ini berasaskan teori skema dan model pengurusan awal olej Ausubel (1963) yang telah diubah suai. Dalam kajian ini pengkaji ingin memastikan sama ada pengajaran skema yang diberi kepada subjek Kumpulan Eksperimen dapat meningkatkan pencapaian kefahaman bacaan subjek secara signifikan bagi petikan cerpen, prosa klasik, novel tempatan dan novel asing; dan soalan pada peringkat eksplisit dan implisit bagi setiap petikan tersebut. Selain itu, pengkaji juga ingin mengenal pasti sama ada skema yang diberi kepada Kumpulan Eksperimen dapat membantu subjek atau tidak untuk menjawab soalan tentang tema dan persoalan, perwatakan, latar masyarakat dan gaya bahasa bagi setiap petikan. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen. Subjek kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen. Subjek kajian terdiri daripada 306 orang pelajar Tingkatan IV (lelaki dan perempuan), daripada tiga buah sekolah. Subjek dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Eksperimenm, Kumpulan Kawalan 1 dan Kumpulan Kawalan II. Dalam setiap kumpulan, terdapat tiga aliran subjek iaitu aliran Sains, Perdagangan dan Sastera. Kajian ini dijalankan selama lapan minggu. Pada minggu pertama, daripada ketiga-tiga kumpulan diberi ujian pra yang menguji kefahaman bacaan mereka bagi petikan cerpen, prosa klasik, novel tempatan dan novel asing. Selepas ujian pra, skema (pengetahuan sastera) subjek daripada Kumpulan Eksperimen dibina secara terancang selama enam minggu menerusi pengajaran oleh guru Bahasa Melayu mereka dengan menggunakan model skema yang dihasilkan oleh pengkaji. Subjek Kumpulan Kawalan I dan Kumpulan Kawalan II diajar secara biasa oleh guru Bahasa Melayu kelas masing-masing. Pada minggu kelapan, semua subjek (Kumpulan Eksperimen, Kumpulan Kawalan I dan Kumpulan Kawalan II) diberi ujian pasca. Bagi tujuan analisis data, pengkaji menggunakan program SPSS WINDOWS. Analisis Multivariat MANOVA dan Ujian Univariat ANOVA digunakan untuk melihat kesan pemboleh ubah bebas terhadap setiap kumpulan pemboleh ubah bersandar. Dapatan kajian ini menghasilkan beberapa penemuan penting. Antaranya, pengajaran skema secara terancang dengan menggunakan model skema dapat meningkatkan pencapaian kefahaman bacaan subjek secara signifikan bagi setiap petikan. Pengajaran skema didapati dapat meningkatkan pencapaian subjek secara significan bagi soalan-soalan pada peringkat eksplisit dan implisit. Bagi soalan tentang tema dan persoalan, perwatakan dan gaya bahasa, pengajaran skema didapati telah membantu subjek Kumpulan Eksperimen untuk mendapatkan pencapaian yang tinggi dan signifikan. Implikasi penyelidikan ini menunjukkan model skema yang dihasilkan oleh pengkaji sangat berkesan dan dapat digunakan oleh guru-guru untuk meningkatkan kefahaman bacaan bahan sastera pelajar.
Kesan Animasi Terhadap Pembelajaran Pengetahuan Prosedur MEIOSIS Di Kalangan Pelajar Pelbagai Profil Psikologi Fong Soon Fook
Penyelidikan ini bertujuan mengkaji kesan grafik animasi dalam suatu pembelajaran berbantukan komputer multimedia tentang pengetahuan prosedur topik biologi yang bertajuk meosis. Satu pengajaran bagi tempoh dua jam telah dibangunkan dalam tiga mod yang berbeza, iaitu teks dengan grafik statik (TGS), teks dengan grafik animasi (TGA) dan teks dengan grafik animasi berperingkat (TGAB). Seramai 250 pelajar tingkatan empat daripada tiga sekolah menengah diagih secara rawak kepada mod-mod olahan. Pemboleh ubah bebas ialah tiga mod persembahan pengajaan. Pemboleh ubah bebas ialah tiga mod persembahan pengajaran. Pemboleh ubah moderator pula ialah gaya kognitif field dependence-field independence, lokus kawalan dalaman, dan tahap kebimbangan trait pelajar. Pemboleh ubah bersandar ialah skor min pencapaian pelajar dalam kategori pembelajaran konsep serta penyelesaian masalah. Suatu reka bentuk kuasi eksperimen dengan faktorial 3 x 2 telah digunakan. Prosedur ujian-t diguna untuk mengesan sama ada terdapat atau tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min pencapaian ketiga-tiga kumpulan olahan (TGS, TGA dan TGAB). Analisis Kovarians (ANCOVA) dijalankan untuk mengkaji kesan utama serta kesan interaksi yang disebabkan oleh pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah bersandar. Analisis regresi berganda peringkat demi peringkat dijalankan untuk memastikan sumbangan relatif setiap faktor terhadap perubahan dalam pemboleh ubah bersandar. Empat hipotesis utama dengan sembilan subhipotesis dibina dan diuji. Pelajar yang menerima mod TGAB menunjukkan pencapaian yang lebih baik secara signifikan dibandingkan dengan mod TGA atau mod TGS, sementara pelajar yang menerima mod TGA tidak menunjukkan pencapaian yang lebih baik secara signifikan dibandingkan dengan mod TGS. Pelajar field independent (FI) mendapat skor min pencapaian yang lebih tinggi daripada pelajar field dependent (FD) dalam ketiga-tiga mod olahan. Pelajar bertahap kebimbangan sederhana mendapat skor min pencapaian yang lebih baik daripada pelajar bertahap kebimbangan rendah dan tinggi dalam ketiga-tiga mod olahan. Pelajar berlokus kawalan "dalaman tinggi" mendapat skor min pencapaian yang lebih tinggi daripada pelajar berlokus kawalan "dalaman rendah" dalam ketiga-tiga mod olahan. Pelajar bergaya kognitif FD, bertahap kebimbangan tinggi dan rendah, berlokus kawlan "dalam rendah" yang menggunakan mod TGAB mendapat skor min pencapaian yang secara signifikan lebih tinggi dibandingkan dengan yang menggunakan mod TGA dan mod TGS. Daripada kajian ini dapat disimpulkan bahawa grafik animasi merupakan bantuan pembelajaran penting dibandingkan dengan grafik statik, tetapi hanya apabila animasi ini dipersembahkan dalam mod "teks dengan grafik animasi berperingkat" (mod TGAB).
Teknologi Komunikasi MaklumatICT Clinic for EducatorsFong Soon Fook
This clinic welcomes queries through e-mails or snail-mails from readers who need help with any issues, problems or questions related to information and communication technology. Do send your questions to The Editor of ICT Clinic at digespendidik@hotmail.com.

STRES KERJA

Ringkasan Eksekutif
Stres kerja yang tinggi di kalangan guru telah mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubung kait dengan factor-faktor seperti gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku dan “burn out” yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Dunham, 1976; Kyriacou dan Sutcliffe, 1978). Malah Murdock dan Scott (1993) mendapati bahawa stres di tempat kerja berlaku sebagai satu tindak balas terhadap kehendak persekitaran organisasi seseorang individu yang tidak selaras ataupun ketidakupayaannya untuk mengawalnya. Dalam hal ini, kecerdasan intelektual atau IQ semata-mata tidak memadai untuk menangani stres. Sebaliknya kecerdasan emosi (EQ) yang akan menjadi penentu kejayaan menangani stres.

1.0 PENGENALAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 Kementerian Pendidikan Malaysia menggariskan penggunaan budi bicara di kalangan pengurus sekolah ketika mengambil tindakan seperti berikut :
§ Pertimbangan dan perhatian diperlukan semasa membuat keputusan;
§ Bersikap terbuka, bersedia mendengar pandangan;
§ Perundingan dengan hemah, berdiplomasi dalam suasana harmonis
Kepentingan penggunaan budi bicara di atas adalah selaras dengan dimensi-dimensi kecerdasan emosi yang merupakan formula penting kejayaan sesebuah organisasi terutama sekolah.
Menurut Bar-On, (1997); Slaski dan Cartwright, (2002), stres berhubung rapat dengan kecerdasan emosi yang tinggi seharusnya dapat menguruskan stres dengan lebih baik. Slaski (2003) mendapati mereka yang mempunyai kecerdasan emosi yang lebih tinggi, lebih memahami nilai dan kepercayaan diri, mempunyai visi dan matlamat yang jelas, keyakinan diri dan mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta menggunakan kualiti ini untuk mengurus emosi sendiri dan mengurus hubungan dengan orang lain. Akibatnya mereka tidak mudah dipengaruhi oleh stres. Manakala Jolly (2001) dalam kajiannya melalui satu projek meditasi telah berjaya membuktikan bahawa para peserta yang tinggi pencapaian dalam aspek kesedaran kendiri dan empati berjaya secara signifikan dalam mengurangkan stress.

Stres dalam pengajaran adalah fenomena yang merangkumi kesemua institusi pendidikan seluruh dunia terutama di sekolah. Kajian-kajian yang dijalankan di Australia (McCormick, 1997), Hong Kong (Hui dan Chan, 1996), Israel (Yagil, 2004), New Zealand (Manthei, Gilmore, Tuck & Adair, 1996), United Kingdom (Griffith,Steptoe & Cropley, 1999) dan Amerika Syarikat (Abell & Sewell, 1999) menunjukkan trend ini. Dalam beberapa kajian; (Chaplain, 1995; Kyriacou, 1980a; Manthei et al .., 1996) didapati bahawa dikalangan empat orang guru, seorang guru akan menyatakan bahawa kerjaya guru adalah kerjaya yang menimbulkan stres yang tinggi.

2.0 DEFINISI KONSEP
Laman web ‘www.athealth.com”, di bawah tajuk “mental health touches”, stres kerja di definisikan sebagai “ Tindakbalas-tindakbalas secara fizikal atau emosi yang berlaku apabila keperluan dan kepatuhan kerja tidak dapat dipenuhi kerana tiada keserasian kebolehan, sumber dan kehendak pekerja.
Cox (1983) mendefinisikan stress kerja sebagai “ Kesan daripada perhubungan yang khusus antara seseorang itu dengan persekitaran kerjanya” Cox menyatakan stress timbul disebabkan harapan-harapan menggunung yang dipinta dipenuhi oleh seseorang walaupun beliau tidak mampu.

3.0 PUNCA STRES
Kajian oleh Cooper dan Kelly (1993) di United Kingdom menyatakan terdapat empat punca stress dikalangan guru.
1. Beban kerja
2. Perhubungan antara guru, staf dan pengurus
3. Pengurusan sumber
4. Memenuhi kehendak Jabatan Pelajaran

Kajian oleh Carr (1994) di Australia Selatan menunjukkan bahawa terdapat tiga punca stress
1. Kekurangan sokongan dan tolak ansur dari Jabatan Pelajaran
2. Memenuhi beban kerja yang semakin bertambah
3. Harapan tinggi daripada pengurus sekolah
Laman web www.athealth.com di bawah tajuk “Stress at Work” menyatakan bahawa kajian saintifik menunjukkan bahawa suasana atau persekitaran kerja mempengaruhi stres di tempat kerja.
Dalam kajian oleh Ostell dan Oakland (1995) mereka mengkelaskan punca stres kepada
1. Organisasi sekolah terutama pembahagian tugas-tugas
2. Rungutan daripada pihak luar terutama ibu bapa
3. Motivasi dan sokongan moral daripada pengurus sekolah
4. Hubungan interpersonal antara guru dengan pengurusan sekolah

4.0 PROFAIL SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan …………….mula beroperasi pada bulan Januari 2001 degan hanya mengambil murid-murid tingkatan satu sebagai kohort pertama. Sekolah ini berada bersebelahan ……… dan kemasukan murid-murid ke sekolah ini ialah berdasarkan pencapaian cemerlang UPSR dan PMR. Bilangan murid-murid sekolah ini (Penyata Bulanan ……..) ialah 984 dan peratus murid Melayu ialah 70%, murid India 16% dan murid Cina 12% . Tenaga pengajarnya ialah seramai ….. orang yang terdiri dari 62 siswazah dan 2 orang bukan siswazah. Seramai 3 orang guru telah ditauliahkan sebagai guru cemerlang Matematik, Kimia dan Sejarah pada tahun 2008 dan seramai 6 orang guru lagi telah memohon guru cemerlang tahun 2009.


5.0 Usaha-usaha yang telah saya jalankan untuk mengawal ‘stres’ kerja dalam kalangan kakitangan sekolah saya

5.1 Kumpulan ‘Think Tank’ Sekolah
Mesyuarat ‘Think Tank’ sekolah yang melibatkan pengetua ,penolong-penolong kanan (‘middle managers’) dan guru kanan (‘lower middle managers’) diadakan sebulan sekali dan apabila difikirkan perlu. Pada peringkat awal, saya akan mengulas kembali pernyataan misi dan visi sekolah supaya mereka faham, dihayati, diuar-uarkan kepada semua warga sekolah dan disebar-luaskan.
Saya juga menyatakan harapan saya dan impian saya supaya dapat dikongsi dan diimpi bersama supaya halatuju sekolah selari dengan hasrat misi, visi sekolah. Apabila ini dipersetujui bersama, tidak akan timbul konflik yang boleh membawa stres kepada pentadbir-pentadbir sekolah dan kemudian tiris pula kepada guru dan staf sokongan.

5.2 Membincangkan Permasalahan Yang Ada
Mesyuarat ‘Think Tank’ akan juga membincangkan permasalahan yang masih ada dan cara penyelesaian bersama kerana permasalahan-permasalahan ini berkemungkinan menimbulkan stres kepada guru dan staf sokongan jika tidak dapat diselesaikan.

5.3 Mesyuarat Guru
Setelah perbincangan selesai diperingkat ‘Think Tank’, saya akan membawa perkara-perkara yang dibincangkan ke mesyuarat guru untuk mendapat pandangan dan ulasan pihak mereka. Ini ialah perkara yang penting kerana pentadbir dan guru akan berkerja dalam satu pasukan untuk merealisasikan misi dan visi sekolah. Untuk memudahkan saya menzahirkan apa yang dirancang, saya menggunakan kemudahan IT dalam bentuk persembahan ‘Microsoft Powerpoint’, Microsoft Excel dan kadang-kadang ‘Microsoft Movie Maker’. Kaedah begini dapat menjimatkan masa dan mengurangkan stres kepada guru jika mesyuarat dijalankan terlalu lama. Perbincangan secara dua hala dan bukan satu hala pasti dapat mengurangkan stres yang akan dihadapi oleh guru-guru. Saya percaya idea-idea, pandangan, rungutan dan ketidakpuasan hati guru-guru mesti didengar oleh pihak pentadbir supaya tidak timbul konflik yang akan mencabar kewibawaan dan imej sekolah. Apabila ada orang yang sudi mendengar keluhan atau pandangan orang lain, orang yang meluahkan perasaannya merasakan dia dihargai.

5.4 Program Pembimbing Kakitangan (Sentuhan Rasa)
Satu jadual pertemuan secara bersemuka antara pengetua dengan guru atau staf sokongan akan disediakan dimana guru dan staf sokongan diberi peluang berjumpa dengan pengetua untuk berinteraksi. Secara begini, pengetua lebih mengenali dengan dekat guru atau staf berkenaan dan timbul persefahaman yang lebih baik. Guru dan staf sokongan lebih selesa dengan keadaan begini dan pengetua dapat mengetahui harapan dan visi mereka terhadap sekolah dan berkongsi bersama misi dan visi sekolah.


5.5 Naik Taraf Infrastruktur Sekolah
5.5.1 Naik Taraf Kemudahan dan Keselesaan Bilik Guru
Setelah meneliti dan mendapat maklumbalas daripada guru-guru semasa mesyuarat guru dan juga melalui Program Sentuhan Rasa, saya telah berusaha dengan jayanya untuk menaikkan taraf dan keselesaan bilik guru dengan menambahkan lagi bilangan komputer ‘desktop’ di bilik guru dan memasang sistem rangkaian kabel dan peranti wifi (menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh kilang Intel)dalam bilik guru. Guru-guru merasa lebih selesa dengan ini kerana mereka tidak perlu lagi berebut-rebut menggunakan komputer ‘desktop’ dan bagi guru yang mempunyai komputer riba dengan peranti wifi, mereka boleh terus mengakses rangkaian sekolah dan juga internet. Kalau dahulu mereka berebut-rebut untuk dapatkan kemudahan komputer di bilik guru, sekarang mereka begitu selesa. Ini ialah caranya mengurangkan stres.
5.5.2 Naik Taraf Kemudahan Bilik Makan Guru Di Kantin
Bilik makan guru telah dinaiktaraf dengan meletakkan set sofa dan ‘coffee table’ agar guru dan staf sokongan yang selesai menjalankan tugas dan menunggu pesanan makanan dan minuman dapat menggunakan kemudahan ini. Walaupun tidak sebaik suasana di hotel, kemudahan ini menambahkan lagi keselesaan guru dan staf sokongan.


5.5.3 Naik Taraf Kemudahan Tandas Guru Dan Staf Sokongan
Peruntukan yang diperturunkan kepada pihak sekolah terutama peruntukan penyelenggaraan telah digunakan dengan sebaik mungkin untuk menaik taraf kemudahan tandas guru dengan memastikan segala kerosakan diperbaiki dengan segera. Seorang Pembantu Am Pejabat ditugaskan untuk memantau kerosakan yang terdapat pada tandas-tandas di sekolah termasuk tandas guru dan staf. Kemudahan tandas yang berfungsi dengan baik dan dalam keadaan selesa dapat mengurangkan stres guru dan staf sokongan
5.5.4 Naik Taraf Kemudahan ICT Dengan Sistem Rangkaian Kabel Dan Wifi
Setelah saya memulakan tugas sebagai pengetua di sekolah ini, saya dapati bahawa sistem rangkaian LAN dan WAN yang ada di sekolah hanya terdapat di pejabat sekolah sahaja. Oleh kerana saya sudah biasa dengan sistem rangkaian LAN dan WAN di sekolah lama saya ia itu SMK …………………. (Sekolah Rintis Bestari), saya telah memohon bantuan PIBG untuk menaiktaraf infrastruktur ICT di sekolah. Saya juga bersyukur kerana Kilang Intel telah menyalurkan RM16,800.00 ke sekolah ini hasil usahasama Intel dengan sekolah saya. Sebelum ini guru-guru merungut kerana terpaksa berebut-rebut menggunakan kemudahan komputer (yang mempunyai rangkaian) yang hanya terdapat di pejabat (dua buah sahaja untuk kegunaan guru) dan di bilik pentaksiran. Komputer yang ada di bilik guru pada waktu itu ialah komputer yang tidak dirangkaikan. Guru-guru ini merungut kerana tarikh akhir memasukkan data atau menyediakan laporan kadangkala tidak dapat dipenuhi dan menimbulkan kegelisahan dan stres pada mereka. Sekarang, guru-guru sekolah saya berasa lebih selesa dan masalah yang lalu dapat diselesaikan.

600226-07-55155.6 Perkembangan Staf
5.6.1 Program Pengurusan Stres Dan Mengenali Personaliti Kendiri
Satu program pengurusan stres (Sila rujuk lampiran)telah diadakan pada tahun 2009 khusus untuk guru dan staf sokongan dimana seorang penceramah telah dijemput untuk mengendalikan program ini. Borang soal-selidik telah diedarkan kepada semua yang hadir dimana peserta diminta menjawab soalan-soalan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian, perasaan mereka dalam sesuatu suasana, respons kepada beberapa keadaan dan lain-lain lagi. Setiap jawapan yang diberikan mempunyai angka nilai dan rumusan terakhir dibuat kepada setiap peserta berdasarkan kebolehan peserta menguruskan stress. Rumusan juga secara tidak langsung menyerlahkan personality sebenar seseorang. Syukur Alhamdulillah, kebanyakan guru dan staf sokongan saya (80%) dapat menguruskan stress di tempat kerja. Baki guru dan staf sokongan (20%) perlu diberikan motivasi dan juga ‘coaching’. Saya pasti gunakan Program Sentuhan Rasa bersama-sama penolong kanan saya untuk membantu guru dan staf sokongan.
5.6.2 Program Rekreasi dan Bina Pasukan Di Jerejak Resort
Program rekreasi dan bina pasukan telah diadakan pada awal bulan Disember 2008 yang melibatkan staf sokongan sekolah saya (Sila rujuk lampiran). Program ini menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Saya bersama-sama staf sokongan saya telah menjalani aktiviti-aktiviti yang meliputi aktiviti meredah hutan, ‘flying fox’, berjalan merentasi titi besi dan aktiviti-aktiviti sukaneka yang memerlukan semangat pasukan yang utuh dan kerjasama yang erat. Pada akhir aktiviti-aktiviti, hadiah disampaikan kepada mereka yang menang. Cabutan bertuah juga diadakan dimana salah satu hadiah ialah bermalam 2 hari satu malam di Jerejak Resort. Staf sokongan berasa gembira dengan aktiviti ini yang julung-julung kali diadakan dan telah meningkatkan keakraban antara pihak pentadbiran dan staf sokongan.

5.7 Ganjaran , Penghargaan Dan Ingatan Kepada Guru Dan Staf
5.7.1 Pencalonan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Penghargaan ini diberikan kepada guru dan staf sokongan yang telah memberi sumbangan disegi pencapaian bidang kurikulum, kokurikulum dan bidang-bidang yang lain. Walaupun amat payah memilih calon-calon, pandangan daripada penolong kanan-penolong kanan dan guru kanan-guru kanan diambilkira. Seperkara lagi, guru dan staf sokongan diberi peluang untuk membuat penilaian kendiri dengan mengisikan markah-markah pada salinan fotostat borang prestasi (yang diperkecilkan). Kaedah ini mengurangkan ketidakpuasan hati dan juga stres apabila guru dan staf berkenaan membandingkan markah yang mereka berikan dengan makah yang diberikan pentadbir dan perbincangan antara staf sokongan dan guru dijalankan untuk memperbaiki prestasi.
5.7.2 Pencalonan Guru Cemerlang
Seramai 6 orang guru telah dialonkan untuk guru cemerlang tahun 2009 setelah 3 orang guru ditauliahkan guru cemerlang tahun 2008. Ini ialah sebagai penghargaan kepada pengorbanan guru-guru ini dalam meningkatkan prestasi akademik sekolah. Pencalonan ini merangsang guru-guru lain untuk meningkatkan lagi keupayaan mereka memberikan yang terbaik kepada murid-murid sekolah ini. Pencalonan ini sebagai menghargai ‘stres’ yang positif yang ditunjukkan oleh guru-guru ini.
5.7.3 Menziarah Guru Dan Kakitangan Yang Terlantar Sakit Di Rumah Atau Di Hospital
Saya bersama-sama penolong kanan dan beberapa orang kakitangan meluangkan masa menziarah guru dan staf sokongan yang terlantar sakit di rumah atau di hospital. Secara begini, beban kesakitan dan penderitaan dikurangkan dan mereka merasakan diri mereka dihargai. Saya juga menasihatkan guru dan staf saya agar tidak terlalu memikirkan urusan sekolah dan menyerahkan tugas yang mereka jalankan di sekolah kepada guru dan staf sokongan yang sedia ada.
5.7.4 Kelulusan Pemberian Cuti Rehat Khas
Pemberian dan kelulusan cuti rehat khas adalah satu isu yang menghantui guru dan staf sokongan sekolah saya. Walaupun cuti rehat khas bukan hak mereka tetapi hanya satu keistimewaan, saya akan meluluskan cuti rehat khas terutama jika ia melibatkan kes kecemasan dan juga kesihatan ahli keluarga. Saya memaklumkan bahawa kebajikan dan kesihatan ahli keluarga perlu diberi perhatian dan saya pasti guru dan staf saya tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada tugas jika permohonan cuti rehat khas ditolak. Kesan dari ketidakbolehan menumpukan perhatian kepada tugas akan menimbulkan stres yang tinggi.
5.7.5 Konsep Turun Padang Bersama Guru Dan Staf
Setiap kali berlangsungnya Sukan Sekolah atau Merentas Desa, saya akan turun padang membantu guru dan staf saya mengendalikan acara-acara berkenaan. Saya berasa rimas jika hanya duduk di bawah khemah dan memerhati sahaja. Konsep turun padang ini dihargai oleh guru dan staf sokongan saya kerana ialah adalah satu petanda bahawa saya bersama-sama dengan mereka dan bukan sebagai pemerhati yang static dan hanya memberi arahan. Hasilnya, guru dan staf sokongan saya bersungguh-sungguh menjayakan acara-acara berkenaan dan menghargai pengorbanan saya.

5.8 Pakar Rujuk
5.8.1 Sistem Rangkaian LAN dan WAN
Setelah sistem rangkaian LAN dan WAN dibina serta kemudahan ICT ditingkatkan, saya menjadi pakar rujuk kepada perkara-perkara berkaitan sistem rangkaian dan ICT. Latar belakang saya sebagai peneraju sekolah bestari di SMK ………………… dahulu, memudahkan saya memberikan panduan dan maklumat yang diperlukan oleh guru dan staf sokongan. Saya juga merupakan pengendali laman web sekolah (www……………..edu.my) ataupun dikenali ‘webmaster’ dan dengan kebolehan ini, guru-guru saya akan merujuk kepada saya jika mereka ingin memuatnaik maklumat atau artikel di laman web sekolah. Guru dan staf sokongan berasa selesa dengan keupayaan saya menyelesaikan masalah berkaitan sistem rangkaian dan ICT dan telah membantu mereka dalam menyelesaikan tugasan tanpa ada gangguan stres yang tinggi.

5.8.2 Kaedah Mengendalikan Sistem ‘sms sekolah’
Penggunaan ‘sms sekolah’ yang diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran telah dipergiatkan penggunaannya sejak saya mula bertugas di sekolah saya sejak bulan April 2008. Penghantaran memo dua hala secara percuma dan maya (melalui telefon bimbit) antara pihak pengurusan dengan kakitangan mempercepatkan pengurusan sesuatu tugas dan boleh dibuat dimana-mana sahaja tanpa mengira masa. Ini memudahkan kakitangan saya untuk memaklumkan sesuatu perkembangan terkini yang berlaku dan penting tanpa perlu berjumpa saya. Mereka juga dengan segera dapat menerima keputusan saya tanpa menunggu tempoh yang lama terutama jika ia melibatkan keputusan segera. Secara begini stres dapat dikurangkan kerana kakitangan saya tidak perlu memikirkan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menelefon (melalui telefon bimbit mereka) atau menghantar sms biasa. Kakitangan saya juga merasa selesa tanpa stres apabila saya memberikan keputusan saya atau nasihat dengan kadar segera. Sistem ini juga memudahkan saya memaklumkan kepada semua kakitangan saya perkembangan terkini yang berlaku terutama yang melibatkan kepentingan perkhidmatan mereka (terutama peluang kenaikan pangkat, tawaran guru cemerlang atau kursus-kursus yang wajib hadir) tanpa memerlukan surat siaran dikeluarkan secara dalaman. Maklumbalas yang saya terima daripada kakitangan saya ialah mereka berterima kasih di atas maklumat atau berita yang dikirimkan walaupun pada ketika itu, saya tiada di sekolah.


5.8.3 Kaedah Mengoptimumkan Penggunaan E Mel Di Antara Guru Dan Staf
Sebelum saya bertugas di sekolah sekarang, guru-guru yang menghadiri kursus perlu menyediakan minit curai secara cetakan dan diserahkan kepada PK1 atau kepada pengetua. Sekarang, guru dan kakitangan saya hanya perlu menghantar minit curai kepada saya atau PK1 melalui e-mel tanpa perlu menyerahkan cetakan minit curai bila berjumpa dengan saya atau PK1.
Kaedah e-mel ini juga memudahkan saya untuk membuat suntingan minit mesyuarat atau surat rasmi yang perlu dihantar terutama jika saya sedang berkursus atau bercuti di tempat lain. Guru dan kakitangan saya berasa selesa dengan kaedah ini kerana mereka tidak berada dalam keadaan stres untuk menunggu saya kembali dari kursus atau percutian terutam dalam keadaan terdesak.
5.8.4 Kaedah Memuatkan Data Ke Dalam Pelayan (‘server’) Sekolah
Sistem rangkaian di sekolah saya adalah dalam bentuk kabel dan wifi menggunakan Sistem Operasi Terbuka “Linux”. Pelayan komputer atau lebih dikenali ‘server’ dimuatkan dengan folder-folder pentadbiran, folder guru yang boleh dikongsi bersama-sama, folder staf sokongan dan folder individu yang hanya boleh diakses oleh individu itu dan pentadbir sebagai ‘super administrator’. Data-data dimuatnaik ke folder-folder berkenaan oleh pentadbir , guru atau staf sokongan. Data-data ini memudahkan pentadbir, guru atau staf mengakses maklumat dengan segera tanpa perlu merujuk kepada guru-guru yang berkenaan atau mencari fail-fail yang berkaitan. Saya juga memuatnaik maklumat terkini ke dalam folder bertajuk “maklumat terkini” di dalam pelayan yang boleh diakses oleh semua guru dan staf sokongan. Antara maklumat terkini ialah surat pekeliling Kementerian Pelajaran, surat siaran JPN atau PPD yang telah dimuat turun dari laman web. Secara begini, guru dan staf dapat mengakses maklumat dan kemungkinan dicetak untuk rujukan. Maklumat begini amat penting untuk mereka membuat persiapan awal dan tidak berada dalam keadaan stres jika belum bersedia.
5.8.5 Kaedah Memuat Turun Bahan Dari Internet Khusus Untuk P&P
Guru-guru sering menghadapi masalah mencari pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran terutama di sekolah saya kerana murid-murid sekolah saya adalah daripada kalangan prestasi tinggi. Ini telah menimbulkan keadaan stress kepada guru-guru saya. Pengetahuan yang sedia ada pada saya dan pasukan IT saya, kami telah memuat turun bahan IT dari internet yang boleh digunakan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dan dikongsi bersama. Kami telah mewujudkan satu folder bertajuk ‘Bahan It Untuk P&P’ dalam pelayan komputer sekolah. Satu taklimat cara memuat turun bahan IT untuk P&P dengan menggunakan perisian ‘YouTube Downloader’ telah diadakan dan kami telah meminta panitia-panitia membina bahan-bahan IT untuk P&P dalam panitia masing-masing. Sekarang, guru-guru tidak perlu risau untuk mendapatkan bahan IT untuk P&P dan nyata, murid-murid saya amat gembira dengan perkembangan ini.


5.8.6 Kaedah Menilai Pencapaian Murid Melalui ‘Headcount On Line’
Kaedah ‘Headcount’ yang telah saya perkenalkan pada bulan April 2008 dan digunakan hingga kini telah memudahkan tugas guru untuk melihat pencapaian prestasi murid yang terdahulu (TOV), sekarang (OTI) dan masa depan (ETR). Pengisian markah secara dalam talian atau dikenali ’on-line’ melalui sistem rangkaian sekolah secara kabel atau wifi memudahkan semua guru untuk melihat prestasi murid-murid mereka dan membantu Jawatankuasa Kurikulum, panitia matapelajaran dan juga pihak kaunseling untuk mengenalpasti subjek-subjek prestasi rendah dan senarai murid-murid yang perlu diberi bimbingan. Langkah-langkah yang perlu diambil boleh dibincangkan dan dirancangkan dengan segera sebelum dibentangkan dalam Jawatankuasa Kurikulum. Persiapan awal memudahkan guru-guru untuk bertindak dengan lebih berkesan dan mengurangkan stres kerana persiapan awal telah pun dirancang dan kemudian dibentangkan dan tidak perlu kekerapan mesyuarat.
5.8.7 Rumusan Sebagai Pakar Rujuk
Hasil daripada kepakaran saya, kakitangan terutama guru-guru saya amat berterima kasih dan berasa yakin dengan stail pengurusan yang berasaskan ICT yang telah saya perkenalkan. Hasilnya, saya telah dianugerahkan Tokoh Kepimpinan IT Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2009 (Sila rujuk lampiran) dan juga Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008 (Sila rujuk lampiran)



5.9 Kaedah Pencerapan
5.9.1 Pencerapan Yang Dipersetujui Bersama
Setelah menghadiri kursus ‘Penilaian Prestasi Guru’ anjuran IAB Utara Di Hotel Copthorne pada awal tahun ini (2009), saya telah memaklumkan kepada semua guru dalam satu mesyuarat bahawa kaedah pencerapan akan diubah mengikut proses-proses yang dicadangkan supaya guru-guru yang dicerap termasuk pengetua tidak berasa stres apabila pengajaran mereka dicerap secara dalaman. Kaedah yang digunakan ialah
§ Sesi perjumpaan sebelum pencerapan antara pencerap dengan guru yang akan dicerap. Perkara dibincangkan ialah aspek-aspek yang akan dicerap dan dipersetujui bersama.
§ Sesi perjumpaan selepas pencerapan dimana pencerap dan guru yang dicerap akan membincangkan kembali aspek-aspek yang telah dipersetujui bersama semasa pencerapan
Maklumbalas yang diterima daripada guru-guru ialah mereka berasa selesa dengan perubahan kaedah pencerapan ini dan tidak lagi merasa stres yang tinggi malah bersikap positif dengan kaedah ini.
5.9.3 Pencerapan Menggunakan Kaedah Rakaman Video
Pencerapan menggunakan kaedah ini baru diperkenalkan dan akan hanya dilaksanakan sekiranya pihak yang dicerap bersetuju dengan kaedah ini. Guru yang bersetuju dengan kaedah ini, dapat melihat dengan mata sendiri secara visual apa yang berlaku semasa P&P dijalankan dan bagaimana respons yang diberikan oleh murid-murid di dalam kelas mereka. Secara begini juga, guru dapat melihat ‘body language’ yang ditonjolkan mereka dan juga murid-murid yang diajar kerana ini dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kaedah ini adalah paling berkesan untuk membimbing atau ‘coaching’ guru supaya P&P akan datang akan lebih menarik dan berkesan.
5.10 Pembahagian Tugas Di Sekolah
5.10.1 Memberi Peluang Kepada Guru Untuk Memilih Tugas Yang Sesuai Supaya ‘Job Rotation’ Dapat Dijalankan
Pada setiap penghujung bulan Oktober, saya akan arahkan penolong kanan-penolong kanan saya mengedarkan borang pemantauan kepada semua guru untuk memberi peluang kepada guru-guru saya memilih tugas yang sesuai dengan mereka di sekolah dan memberi penerangan ringkas kenapa mereka memilih untuk menjalankan tugas berkenaan. Walaupun cara begini tidak dapat menyelesaikan masalah ‘job rotation’ secara 100%, ia memberi peluang kepada untuk memilih walaupun mereka tahu akhirnya pihak pentadbir yang akan membuat keputusan setelah perbincangan terakhir dibuat dengan penolong kanan-penolong kanan. Kaedah ini memberi peluang mereka melahirkan keupayaan dan juga menanam sikap toleransi kepada keputusan pentadbiran.

6.0 PENUTUP
Stres yang dialami kakitangan sesebuah sekolah mempengaruhi kehidupan orang lain dan guru-guru yang berada dalam keadaan stres yang tinggi akan memberi kesan kepada prestasi guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Staf sokongan yang berada pada keadaan stres akan menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada urusan pejabat, urusan makmal, bengkel dan layanan kepada orang awam yang datang ke sekolah. Keutamaan latihan kepada kakitangan yang baru bertugas perlu diberi perhatian untuk menyediakan mereka menghadapi realiti kerja. Kakitangan baru perlu mempunyai asas-asas menangani stres di tempat kerja. Sokongan daripada pihak pentadbiran dengan inisiatif-inisiatif yang diambil untuk mengurangkan stress di tempat kerja adalah penting. Saya mengharapkan agar inisiatif-inisiatif yang telah saya jalankan dapat dijadikan panduan kepada pentadbir-pentadbir dan mereka yang bakal menjadi pentadbir sekolah.





7.0 LAMPIRAN-LAMPIRAN
ISTEM RANGKAIAN DAN WIFI (HUB DAN ROUTER)
“ACCESS POINT’
8.0 RUJUKAN-RUJUKAN
Chan, D.W. (2002). Stress, self-efficacy, social support and psychological distress among prospective Chinese teachers in Hong Kong

Cherniss, C. (2004) Emotional intelligence: What it is and why it matters

Chaplin, R.P. (1995) Stress and job satisfaction: A study of English primary school teachers

Cooper, C.L.& Kelly, M(1993) Occupational stress in head teachers: A national UK study

Chaplin, R.P. (2001), Stress and job satisfaction among primary headteachers: A question of balance?

Cox, T.(1983). Stress London : The Macmillan Press

Danial Zainal Abidin(2004). 7 Formula Individu Cemerlang

Kyriacou,C, (1987). Teacher stress and burnout : An international review

Kyriacou,C & Sutcliffe,J(1977). Teacher stress : A Review

Kyriacou,C., & Sutcliffe,J (1978). Teacher stress : Prevalence, sources, and symptoms

Kyriacou,C., & Sutcliffe,J (1979). A note on teacher stress and locus of control

Nordien Sulaiman (2001). Kepintaran emosi di kalangan guru sekolah menengah di daerah Kota Setar.

PERSONALITI GURU

Personaliti guru : Pengaruh ke atas pengajaran dan pembelajaran

Abstrak

Personaliti guru memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guru perlu sentiasa melakukan refleksi dan kritik-kendiri, fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan perlu mempunyai semangat untuk mengajar pelajar. Personaliti guru sering menjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan ibubapa. Pada ketika dahulu, personaliti guru turut menjadi ikutan dan idola pada masyarakat. Status guru dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat ketika itu, namun kini segalanya telah berubah kerana sesetengah guru tidak menjaga personalitinya bila berada dalam lingkungan masyarakat. Sifat-sifat yang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin berkurangan kerana guru tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru dan hanya melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”.



Pendahuluan

Takrifan personaliti membawa maksud satu konsep yang mengambarkan keperibadian seseorang manusia. Manakala mengikut Dictionary of Psychology (1973), personaliti ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai dan perlakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana yang dilihat oleh manusia lain.

Dalam konteks perguruan,sifat-sifat personaliti yang positif, iaitu yang baik, sesuai, berkesan dan mulia yang perlu ada pada seseorang guru atau ahli professional keguruan adalah merujuk kepada personaliti seseorang guru. Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar-pelajarnya dikatakan mempunyai “profesionaliti” yang tinggi. Oleh itu, seseorang guru itu dapat dilihat bahawa perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”.

Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah lakunya.

Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah lakunya.



Latar belakang

Pendidikan perguruan memainkan peranan penting bagi pencapaian matlamat pendidikan sesebuah negara. Guru merupakan individu yang memainkan peranan untuk memberi fokus kepada pemerolehan kemahiran dan ketrampilan di samping keperluan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar sekolah. Guru semakin dianggap bertanggungjawab untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan di kalangan pelajar sama ada dari aspek mental mahupun moral.

Aspek peribadi guru yang bersikap tidak sesuai dan tidak mencerminkan seorang guru yang sejati dengan tingkah laku dan gelagat yang merendahkan martabat diri contohnya lambat masuk kelas mengajar, masuk sekejap kemudian tinggalkan pelajar membuat kerja sendiri, dan suka membuang masa mencerminkan peribadi guru itu perlu diubah. Aspek peribadi yang perlu ada pada seseorang guru perlu mempunyai sikap positif dan memiliki ketrampilan pengetahuan dan kemahiran yang tidak dipertikaikan, berfikiran terbuka (tidak sempit, jumud dan beku), pandai mengurus masa dan keperibadian yang tinggi iaitu menepati masa, masuk ke kelas dengan cepat, mengajar dengan penuh dedikasi, suka bekerjasama dengan rakan sejawat dan mempunyai sifat dan ciri-ciri profesionalisme dan profesionaliti yang tinggi perlu ada pada diri setiap individu yang bergelar pendidik.

Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif, hitam atau putih; buruk atau baik, cemerlang atau kecundang, begitu juga sikap kita sebagai guru-guru bukan sahaja professional malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa. Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang professional dengan guru yang tidak professional ,merujuk kepada gambarajah di bawah.



Bil
Guru yang profesional
Guru yang tidak profesional
1
Mula kerja awal pagi
Memulakan kerja setelah loceng berbunyi
2
Sedia bergerak awal pagi
Sudah pun letih di awal pagi
3
Mengurus dengan merancang
Mengurus dengan krisis
4
Ada perancangan & matlamat
Ada berbagai alasan
5
Berpakaian secara’ professional’
Berpakaian selekeh
6
Guna waktu luang sebagai waktu ‘kerja’
Guna waktu luang dengan mengumpat dan mengeji
7
Cari perkara-perkara untuk dipuji
Cari perkara-perkara untuk dikomplen
8
Sedia membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
Bertanya “Apa patut saya buat?”


Kajian Literatur-

Terdapat beberapa sorotan kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang pakar berkaitan dengan personaliti guru mempengaruhi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan oleh tokoh-tokoh pendidikan semenjak dahulu lagi, semua kajian ini bertujuan untuk memperbaiki kelemahan dan strategi untuk mempertingkatkan mutu pengajaran guru.

Flanders(1960) telah mengkaji tentang jenis dan cara pengaruh guru, sikap pelajar dan kesannya terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik dan sains sosial. Beliau melaporkan bahawa terdapat empat ciri positif guru yang dianggap sangat kuat pengaruhnya terhadap motivasi, sikap dan pembelajaran pelajar di dalam bilik darjah.

a) Guru yang boleh memain peranan yang spontan dalam pelbagai situasi yang berbeza, iaitu daripada yang aktif kepada yang agak pasif, sama ada peranannya sebagai pengawas atau pembantu dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.

b) Guru yang boleh menukar peranannya dengan serta merta menurut kehendak situasi, dan tidak terikat hanya kepada satu cara berinteraksi tanpa memikirkan cara-cara lain yang lebih sesuai.



c) Guru yang cepat membuat diagnosis mengenai situasi, dan cepat membuat keputusan mengenai sesuatu tindakan yang seharusnya dijalankan.

d) Guru yang mempunyai kesedaran yang sensitif dan kritis sebagai pengawas dan pemerhati di dalam bilik darjah.

Thorndike, Hull dan B.F.Skinner(1971) telah membuat kajian yang menunjukkan bahawa pembelajaran dapat dicapai dengan berkesannya apabila usaha seorang pelajar diikuti oleh satu perasaan pencapaian (pengukuhan). Cara untuk mendapatkan pelajar membuat sesuatu dengan cepat dan menyukai kerja sekolah ialah dengan memberi perhatian kepada kerja-kerja yang baik yang dibuat oleh mereka. Semasa memenuhi keperluan untuk pencapaian ini, yang ada pada semua pelajar, guru seharusnya mengendalikan aktiviti bilik darjah pada ras pencapaian semasa bagi setiap orang pelajar.

J.S.Kounin dan P.V.Gump juga telah membuat kajian iaitu hasil kajiannya menunjukkan bagaimana tingkah laku guru mempengaruhi tingkah laku pelajarnya. Dalam kajian ini, enam orang guru tahun satu telah dipilih, tiga orang daripada mereka menggunakan denda dan tiga orang lagi tidak mengenakan denda. Setiap orang daripada 174 orang pelajar ditemubual untuk mendapat maklumat berkaitan dengan ‘perkara yang paling buruk sekali yang dilakukan di sekolah’. Setiap orang pelajar yang ditanya kenapa dia memikirkan kelakuan yang tidak sopan itu buruk.

Ahli penyelidik tersebut membuat kesimpulan bahawa jika dibandingkan kedua-dua kumpulan pelajar, mereka yang mempunyai guru yang suka mendenda “menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif, tidak tenteram, mempunyai konflik dengan kelakuan yang tidak sopan, tidak mengambil berat terhadap pelajaran atau sekolah, tidak mempunyai pemikiran yang rasional terhadap tingkah lakunya di sekolah tetapi pemikiran tersebut tidak begitu tekal.



Kajian yang telah dilakukan oleh Hart (1934) menunjukkan empat sebab yang paling kerap dinyatakan bagi guru-guru yang paling disukai oleh 3725 orang pelajar di sekolah menengah di Amerika Syarikat iaitu


Bil
Alasan pelajar menyukai personaliti guru
Peratus
1
Sedia menolong dalam kerja-kerja sekolah, pengajarannya jelas dan menggunakan contoh-contoh dalam pengajaran
51
2
Periang dan peramah, suka berlawak dan pelajar pun boleh berlawak dengannya
40
3
Berperikemanusiaan, baik dan menganggap pelajar sebagai ‘sahabat’
30
4
Mempunyai minat dalam hal-hal pelajar dan memahami pelajar
26

Empat sebab yang paling kerap dinyatakan bagi guru-guru yang paling tidak disukai oleh 3725 orang pelajar sekolah menengah.

Bil
Alasan pelajar tidak menyukai personaliti guru
Peratus
1
Terlampau kasar, keras, cerewet, tidak pernah senyum, suka penyindir dan pembengis
50
2
Tidak membantu kerja-kerja sekolah, pengajaran tidak jelas dan tidak teratur
30
3
Menyayangi sebahagian pelajar dan tidak menyayangi pelajar yang lain
20
4
Sombong, besar diri, tidak kenal nama pelajar dan tidak mempunyai minat terhadap pelajar
20


Kajian ini jelas menunjukkan bahawa selain teknik mengajar yang boleh mempengaruhi pelajar, terdapat berbagai-bagai personaliti guru yang boleh mempengaruhi sikap dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.


Kemahiran ini merupakan aspek penting kerana ianya menggambarkan sifat interaksi guru-guru yang berjaya. Ini merupakan sifat-sifat yang positif, selain pengetahuannya mengenai isi sesuatu mata pelajaran yang diajar.


Beliau juga mengatakan guru-guru yang kurang berjaya kerana mereka terikat kepada sesuatu prosedur pengajaran dan cara berinteraksi yang ketat. Mereka ini sangat ketat dalam pengawasan di dalam bilik darjah dan tidak memberi kebebasan kepada pelajar berinteraksi sesama mereka dan guru ini juga kurang sensitif kepada keperluan pelajar sebagai individu.


Manakala menurut Sue Leach (2006) personaliti dan cara pengendalian kelas boleh mencerminkan keperibadian seseorang guru. Seseorang guru perlu belajar dari pengalaman sendiri, dari pengalaman sewaktu bergelar pelajar dan seseorang guru itu perlu memperuntukkan masa untuk memikirkan strategi pengajaran di antara guru dan pelajar bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan. Seseorang yang bergelar perlu mempunyai sikap menjadi seorang pendengar yang baik, berkebolehan berkomunikasi melalui pandangan mata di antara guru dan pelajar,pengetahuan pembendaharaan kata bagi memastikan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru atau berkemahiran berkomunikasi secara lisan dan tanpa lisan, berpengetahuan untuk daya memujuk pelajar dengan tidak terus menghukum pelajar sekiranya melakukan kesalahan dan berkeyakinan untuk menyakinkan pelajar bahawa guru itu adalah seorang yang berilmu dan berpengetahuan terhadap apa yang ingin disampaikan.

Persoalan

i- Adakah personaliti guru mempengaruhi minat pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan ?


Dapatan dan perbincangan

Pendekatan individu merupakan komponen kemahiran dan teknik personal pada seseorang guru semasa proses interaksi berlaku antara guru dan pelajar. Kebolehan guru bagi mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar dengan mengambil kira beberapa aspek. Ciri-ciri personal guru yang digemari oleh pelajar akan membolehkan guru dengan lebih mudah diterima dan mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, seterusnya memudahkan tugas pengurusan dan pengajaran guru di sekolah dan di bilik darjah. Pada umumnya, pelajar menyanjung tinggi guru-guru yang memiliki ciri-ciri personal yang berhemah tinggi. Ciri-ciri personal guru yang berhemah tinggi ini juga sangat penting bagi membolehkan guru yang menjadi model yang berwibawa dan dihargai oleh pelajar-pelajar. Di antara ciri-ciri personal yang digemari oleh pelajar ialah mempunyai sifat sabar, tenang, dedikasi, periang, bertimbang rasa, adil, rajin.mesra, kreatif, inovatif, kesediaan mendengar kritikan dan teguran.

Penampilan juga memainkan peranan dalam membentuk personaliti seseorang guru. Guru perlu menampilkan ciri-ciri seperti pemilihan pakaian, kebersihan tubuh badan dan kekemasan diri. Penampilan guru yang boleh mengganggu tumpuan pelajar adalah seperti imej guru yang tidak kemas, selekeh, tidak bersih, memakai perhiasan diri yang keterlaluan ataupun haruman yang melampau mencerminkan keperibadian guru tersebut.

Cara duduk guru turut dalam pemerhatian pelajar di sekolah. Pelajar sentiasa memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya guru berada dalam posisi duduk,pastikan tidak terlalu menyandar ke kerusi. Duduk dalam keadaan tegak mahupun condong sedikit ke hadapan bagi menunjukkan yang guru berminat dengan pelajar. Bagi posisi berdiri pula, guru digalakkan berdiri secara berhadapan dengan pelajar. Posisi ini akan membolehkan guru melihat keseluruhan tingkah laku tanpa lisan yang ditunjukkan oleh guru itu.







Guru juga perlu mempunyai tahap tenaga yang mencukupi apabila melayan pelajar. Tahap tenaga yang ditunjukkan akan memberi gambaran pada mood guru sama ada dalam keadaan cergas, bersemangat, letih, lesu ataupun tidak berminat dengannya. Biasanya tahap tenaga akan memberi kesan pada hubungan yang dibina bersama pelajar. Guru yang dalam keadaan bersemangat akan mengajar dengan bersemangat juga dan secara tidak langsung akan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu.Pelajar turut bersemangat untuk terus belajar setelah melihat kesungguhan guru semasa mengajar.

Keberkesanan dalam usaha mengajar dan mendidik pelajar mungkin mempunyai pengertian yang berbeza di kalangan para guru. Ini adalah bergantung kepada kefahaman dan penekanan mereka mengenai konsep berkenaan. Ada guru yang mengutamakan penguasaan pelajar mengenai isi pengajaran dan pembelajaran manakala ada juga guru yang berpendapat pengajaran yang berkesan membawa maksud kemajuan dalam pertumbuhan dan perkembangan sosial pelajar yang dinilai dari sudut, sama ada pelajar tersebut telah mencapai sikap yang positif mengenai diri sendiri dan orang lain. Kemungkinan bagi kebanyakkan guru berpendapat bahawa pengajaran yang berkesan adalah satu imbangan yang sempurna di antara kemajuan pemikiran dan perasaan; dan di antara penekanan kepada isi mata pelajaran dan pelajar. Personaliti guru merupakan di antara faktor-faktor guru yang memainkan peranan penting dalam pengajaran yang berkesan atau tidak di sekolah.

Besar kemungkinan bahawa dua orang guru yang mempunyai kelulusan akademik yang sama, dan latihan perguruan yang serupa masih berbeza dari segi kebolehan mereka, menggalakkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Sebahagian daripada perbezaan itu adalah disebabkan oleh kesan atau pengaruh personaliti guru terhadap pelajar.

J.S.Kounin dan P.V.Gump telah membuat kajian iaitu hasil kajiannya menunjukkan bagaimana tingkahlaku guru mempengaruhi tingkah laku pelajarnya.Dalam kajian ini, enam orang guru tahun satu telah dipilih, tiga orang daripada mereka menggunakan denda dan tiga orang lagi tidak mengenakan denda. Setiap orang daripada 174 orang pelajar ditemubual untuk mendapat maklumat berkaitan dengan ‘perkara yang paling buruk sekali yang dilakukan di sekolah’. Setiap orang pelajar yang ditanya kenapa dia memikirkan kelakuan yang tidak sopan itu buruk.


Ahli penyelidik tersebut membuat kesimpulan bahawa jika dibandingkan kedua-dua kumpulan pelajar, mereka yang mempunyai guru yang suka mendenda “menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif, tidak tenteram, mempunyai konflik dengan kelakuan yang tidak sopan, tidak mengambil berat terhadap pelajaran atau sekolah, tidak mempunyai pemikiran yang rasional terhadap tingkah lakunya di sekolah tetapi pemikiran tersebut tidak begitu tekal.

Aspek tingkah laku guru tanpa lisan dan aspek fizikal turut memainkan peranan dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan baik. Keadaan serta lokasi bilik perlu dipastikan sesuai dan sekiranya komunikasi bersifat serius,ianya perlu mengambil kira beberapa keadaan seperti keadaan dan lokasi bilik yang selesa, suasana tidak terlalu sejuk ataupun panas dan kondusif. Bagi membina hubungan yang berkesan adalah digalakkan supaya duduk di atas kerusi secara berhadapan ataupun duduk dalam keadaan yang membolehkan guru dapat melihat keseluruhan posture (kedudukan tubuh) dan gesture(gerakan badan) pelajar. Guru juga perlu memastikan ruang komunikasi tidak terlalu dekat ataupun tidak terlalu jauh iaitu kira-kira sedepa tangan guru atau antara 1 meter hingga 1.5 meter dengan pelajar bagi mewujudkan kontak atau hubungan mata yang sesuai.

Dari aspek tingkah laku tanpa lisan pula, guru perlu membentuk ekspresi wajah, kedudukan dan pergerakan badan yang sesuai ketika proses pengajaran. Guru perlu membentuk item-item tanpa lisan seperti ekspresi wajah, mimik muka, sinaran ataupun pandangan mata, kedutan dahi, bentuk senyuman dan kedudukan serta pergerakan tubuh badan seperti pergerakan tangan dan kaki serta suara separa bahasa. Guru yang baik juga perlu mengetahui aspek-aspek komunikasi dan tingkah laku tanpa lisan kerana mesej-mesej yang lahir daripadanya boleh memberi makna-makna tertentu kepada guru. Ekspresi wajah guru pula menunjukkan guru dalam keadaan gembira, marah, terperanjat, sedih dan sebagainya dengan kombinasi pergerakan mata, kening, pipi, hidung dan mulut. Bagi pelajar yang memahami pergerakan tubuh, guru yang kerap berpeluk tubuh menggambarkan marah, kurang bersedia, rasa tidak selamat dan defensive. Pergerakan yang berjalan ke hulu dan ke hilir menggambarkan seseorang itu dalam keadaan resah, gelisah dan bimbang.




Manakala pergerakan yang mengangkat bahu membawa maksud ragu-ragu dan tidak tahu. Suara guru turut memainkan peranan yang mana bunyi-bunyi suara seperti mengecis, menarik ataupun menghela nafas, tinggi atau rendah nada suara ataupun pic suara yang dikeluarkan dan juga kelajuan percakapan. Semua aspek ini mempengaruhi pelajar untuk menarik minat terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Menurut Mel Silberman(2004) kecenderungan seseorang pelajar lupa tentang apa yang didengarinya adalah berkaitan dengan kelajuan seseorang guru, ini menunjukkan pelajar hanya berupaya mendengar antara 50 hingga 100 patah perkataan sahaja dalam masa seminit atau pun separuh daripada apa yang diperkatakan oleh guru. Ini menunjukkan tahap pemahaman pelajar banyak bergantung kepada kelajuan percakapan guru ketika mengajar. Personaliti ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh budaya dan amalan yang biasa dilakukan oleh individu dan masyarakat setempat.

Guru perlu mempunyai kemahiran mendengar bagi membantu guru menafsir dan membuat penilaian yang baik pada maklumat yang disampaikan oleh pelajar. Ianya juga dapat membantu guru memberi maklum balas yang tepat kepada pelajar berkaitan maklumat yang diterimanya





Rumusan dan cadangan


Setiap individu yang bergelar pendidik, perlu membina hubungan interpersonal bagi mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar iaitu mengambil kira beberapa aspek positif seperti prihatin, mengambil berat, mesra,ikhlas dan mempunyai sikap menerima. Kebolehan-kebolehan ini juga memerlukan beberapa kemahiran tertentu bagi memastikan hubungan yang diterima berada di tahap situasi yang diterima baik dalam hubungan sosial biasa. Kemahiran interpersonal ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tugas sebagai seorang guru dan seseorang guru perlu menanamkan sifat ini di hari pertama bergelar pendidik. Kemahiran ini akan terus berkembang dari masa ke semasa mengikut pengalaman guru itu berkhidmat.

Personaliti guru mudah dikenali oleh masyarakat umumnya. Pengalaman saya sendiri yang sering dialami sewaktu ke kedai atau sesuatu tempat baru, walaupun pada peringkat awalnya, saya tidak memperkenalkan diri sebagai seorang guru tetapi peniaga terus memanggil saya dengan panggilan “cikgu”.

Ketika disoal kepada peniaga tersebut, terus peniaga itu mengatakan perwatakan saya mencerminkan personaliti seorang guru. Katanya dari cara pertuturan, cara pemakaian, cara berjalan dan sebagainya. Walaupun pada peringkat awalnya, saya tidak mengiakan tetapi peniaga tersebut berkeyakinan memanggil dengan panggilan “cikgu” kerana katanya pada pengamatannya personaliti guru memang mudah dikenali dalam pengalamannya berurusniaga dengan guru.

Personaliti guru ini tidak dididik secara formal sewaktu kita belajar di Maktab Perguruan atau di Universiti tetapi pada hakikat sebenarnya profession sebagai pendidik membentuk personaliti guru sebenarnya. Situasi ini bukan saya sahaja yang pernah mengalaminya, malah rakan-rakan sekerja dan saya yakin sudah pasti Dr. Rajendran sendiri pernah mengalaminya.

Kesemua sifat personal pengurus yang berkesan bagi seseorang guru ini amat penting dimiliki oleh guru-guru untuk melayakkan mereka menjadi pendidik yang berwibawa dan dapat mencorakkan prestasi kerjaya yang cemerlang. Sifat-sifat ini akan dapat mencorakkan kualiti personal yang berkesan untuk menangani pelbagai masalah, perubahan dan cabaran dalam dunia pendidikan dan dalam dunia profesion perguruan yang mengalami perkembangan yang terbuka dan dinamik.

Cadangan saya ialah seseorang yang bergelar pendidik perlu menjaga personaliti ini untuk menjadikan profesion perguruan terus dihormati oleh masyarakat umum. Personaliti guru sentiasa mendapat perhatian dari anak didik dan secara tidak langsung masyarakat membuat penilaian terhadap guru. Kepercayaan masyarakat terhadap profesion pendidikan banyak dinilai dari sikap dan tingkah laku seseorang guru, secara tidak langsung rasa hormat dan elemen persefahaman serta rasa mempercayai adalah mustahak bagi menjayakan hubungan berkesan di antara guru, pelajar dan ibubapa. Ini penting ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik dan secara tidak langsung membantu pelajar minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru kepada pelajar.



Rujukan

i- Abdul Rahim Abdul Rashid (2000). Panduan Latihan
Mengajar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

ii- Ainon Mohd, Abdulah Hasan (2002), Guru sebagai pendorong
dalam darjah, PTS Publications & Distributors
Sdn.Bhd,Bentong, Pahang.

iii- Johns West–Burnham & Fergus O’Sullivan,penterjemah :
Hamidah Baba(2004), Mengembangkan Profesionalisme
di Sekolah, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
(ITNMB), Kuala Lumpur.

iv- _____________(1993), Cabaran,falsafah dan strategi
dalam pembentukan guru yang unggul. Kumpulan
Kertas Kerja Seminar JKLKAU ke 9, Universiti
Kebangsaan Malaysia,Selangor.

v- Lihat Winfred F.Hil(1971), A Survey Of Psychological
Interpretations, Edisi Semula, San Fransisco, Chandler
Publishing Co.

vi- http://http://www.angelfire.com/journal2/fakir%20zamani/ceramah8.htm

vii- Glenn Myers Blair etl.al, penterjemah: Noran Fauziah Yaakub
(1991), Psikologi Pendidikan.Dewan Bahasa dan
Pustaka,Kuala Lumpur.


viii- Sue Leach(2006),How to be a successful Secondary Teacher,
Continuum, London,New York.

ix- Mel Silberman(2004),Active Learning :101 Strategies To
Teach Any Subjec,Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad, Kuala Lumpur